~FoLLoW Me~

Wednesday, 12 March 2014

UKM, Aku Kembali...


Alhamdulillah, Subhanallah, Allahukhbar.. 
Tiada lafaz yang lebih indah selain memuji Tuhan Pencipta Alam dan Makhluk ciptaannya..


1 September 2013- 31 Januari 2014, 

Selama 5 bulan saya diberi taklifan sebagai Pengurus Cawangan Akademi Infitah, Johor Bahru
Selama 5 bulan Akademi Infitah JB bertapak di Johor Bahru..Walaupun tidak mampu menyumbang banyak untuk syarikat, sungguh ia merupakan satu pengalaman yang Amat Berharga..
Dalam usia 22tahun, di beri amanah untuk mengurus dan mengendalikan kerja-kerja pengurusan,pemasaran,perakaunan dengan sendirian adalah pengalaman yang sukar untuk dilupakan. Sungguh amat mendewasakan diri ini..
Sejujurnya pengalaman ini sungguh mahal buat diri yang sedang mengejar erti kedewasaan...


Sabda Rasulullah SAW
"Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk mendalami ilmu,
maka ALLAH akan permudahkan baginya satu jalan ke Syurga"
-riwayat Muslim-




Tidak pernah terlintas oleh diri untuk mengambil keputusan bagi menyambung pengajian di Universiti ini kembali..
Tidak pernah terlintas oleh diri untuk menyambung pengajian dalam bidang  yang sama ini..
Tidak pernah terlintas oleh diri untuk menjadi seorang mahasiswa kembali..

Subhanaallah..Allahuakhabar, Perancangan ALLAH itu lebih baik..


Alhamdulillah,
Kini, genap sebulan Aku berdaftar sebagai PELAJAR SISWAZAH SAINS (FIZIK GUNAAN) di UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.Sungguh ini bukanlah pilihan utama dalam meneruskan kehidupan selepas menghabiskan pengajian dalam bidang SARJANAMUDA SAINS DAN KEPUJIAN(Fizik) pada tahun 2013 yang lepas. Tetapi itu juga tidak bermakna saya tidak memilih untuk meneruskan pengajian dalam bidang ini. 



Sungguh, ingin sekali aku melihat Ibu dan Bapa ku tersenyum gembira..
Sungguh, ingin sekali aku melihat bapa ku gembira kerana ada anaknya yang mengikut jejak langkahnya..
Sungguh, ingin sekali aku melihat ibu ku menitiskan air mata gembira akan kejayaan anaknya..
Sungguh, ingin sekali aku melihat abang2 dan kakak2 ku bersyukur atas kehadiran ku sebagai adik mereka..
Sungguh, Aku ingin sekali melihat adik ku, bangga melihat kakaknya kini berdiri di sini..

Tiada ungkapan yang mampu diucapkan, selain mendoakan kebahagian mereka dan bersyukur atas nikmat kebahagian yang ALLAH beri ini.. 



Sifu : Muhammad Faris Shahin
Mentor: Nur Nadiah 
Sungguh Syukur ALLAH hadirkan mereka sahabat yang banyak membantu sepanjang saya berada di sini. Antara sahabat dari undergraduate yang meneruskan kembara mengejar ILMU Fardhu Kifayah ini..
Tanpa sedar,
sebanyak 7 kursus telah kami daftar bersama,
sebanyak 21 unit perlu kami selesaikan untuk sem ini bersama,
sebanyak 40 unit perlu kami usahakan untuk bergraduasi tahun yang sama,
selama sebulan bersama,
lebih dari 10 assingment kami buat bersama,
quiz kami lakukan di kelas yang sama..
mengambil penyelia yang sama..

Harapan ku satu,
Semoga ALLAH berikan kami KEJAYAAN atas USAHA dan TAWAKAL kami bersama..




Nuriffah Dan Nor Liyana
antara sahabat sekolej yang masih meneruskan pengajian Siswazah..
Iffah Linguistik(coursework), Yana Teknologi Kimia(Research)
Mereka sahabat a.k.a JIRAN yang sangat Hevoc...
Mereka Juga Penemen ku bagi mengejar ilmu Fardhu Ain..
Terima Kasih ALLAH hadirkan mereka yang sangat memberi kekuatan buat ku lebih dekat pada-Mu.. :')



Kesibukan dalam mengejar assignment, quiz, exam, dan lab, bukan lah penghalang untuk tidak turun ke Majlis ilmu walaupun sekali..

Insyallah Harapan dan AMANAH ini akan ku genggam sehingga mendapat GOT (Graduate On Time)

Insyallah Februari 2015 akan bergraduasi bagi Sarjana Sains (Fizik Gunaan)





Tidak lupa peneman ku sejak undergraduate sehingga kini..
insyallah telah hampir 4 tahun bersama..
Terima Kasih PENYU UKM kerana SETIA menemani ku.. (( ^_^)



~Semoga ALLAH Redha Tiap Langkah Ku ini~ 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Comment My Blog~