~FoLLoW Me~

Sunday, 18 August 2013

CinTa ke Syurga

Syukur aku melihat mereka temui bahagia..
di saat itu, aku menangis tanda aku gembira..
Allah beri mereka Jodoh yang ku kira sempurna..
Semoga ALLAH beri mereka CINTA hingga ke Syurga..

Aku sendiri memikirkan pelbagai perkara..
diam ku bukan bermakna aku tidak gembira..
aku cuma manusia biasa yang punya rasa..
namun tak mampu ku luahkan dengan kata-kata..

ketika aku melihat mereka ketawa dan bahagia..
aku memandang adik yang tidak mengerti apa-apa..
air mata menangis sendiri tanpa di paksa..
kerana aku tahu ADIK turut merasa..

ketika melihat pernikahan mereka.. 
di saat itu, air bertakung di mata..
di hati memikirkan masih adakah ruang untuk aku menikmati kebahagiaan seperti mereka..
kerana dalam hati ini terlihat pengorbanan mak dan pak terhadap Adik yang kurang upaya..

adakah harus aku mengorbankan fitrah manusia..
dan menjaga adik sehingga akhir hayat ku di dunia..
atau sekadar mengikut fitrah manusia..
mencari pasangan, membina keluarga dan menambahkan pejuang agama..

Allah beri kita pasangan untuk membantu kita ke Syurga..
ye! suami yang bawa isteri ke SYURGA..
dan ku kira.. Allah hantarkan Adik kepada keluarga juga untuk bantu aku dan keluarga ke Syurga..
masih belum cukup aku menjadi seorang kakak yang baik kepada adik..
dan amanah itu aku pegang..
dan aku melihat tanggungjawab itu semakin berat apabila mereka menemui bahagia bersama pasangan mereka..

aku tidak menyalahi sesiapa..
kerana ku kira itu jodoh dan takdir ALLAh pada mereka..
cuma aku yang tiada siapa2..
hanya istigharah yang ku pinta..
ku harap Allah beri pertunjuk kepada ku..

seandainya pernikahan itu bukan takdir ku..
biarlah aku berkorban fitrah ini demi adik ku..
seandainya pernikahan itu takdir ku.
ku harap ALLAH beri aku ruang untuk terus menjaga adik ku..

ramai yang tidak mengerti perasaan ini..
aku menolak setiap lamaran yang di beri..
kerana aku buntu..masih layakkah aku menjadi isteri..
andai adik ku sendiri ku biarkan mak yang mengurus sendiri..

aku manusia punya hati..
fitrah ku juga ingin mempunyai suami,.
tetapi ku yakin..
jika tiada di dunia ini.. 
ALLAh beri di Syurga nanti ..

ku hanya ingin melihat mereka bahagia di sisi insan yang di cintai..
dan aku juga bahagia di sisi adik yang sentiasa memberi pahala kepada siapa sahaja yang mendekati..
mohon maaf hanya meluahkan isi hati..
Tangisan ini tanda kasih sayang ku yang tidak terperi..

Ku harap cinta kalian hingga ke syurga..
melahirkan pejuang-pejuang agama..
tidak sekali2 menjauhkan ALLAH dari kehidupan dunia..
sentiasa melakukan persiapan untuk kehidupan di akhirat sana...

Sekian





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Comment My Blog~