~FoLLoW Me~

Tuesday, 4 June 2013

PUTUS CINTAkah aku...?!



PUTUS CINTAKAH AKU..?
sebelum ini bercinta tanpa rasa malu..
berdua tanpa rasa lesu..
berborak tanpa kaku..
berduka dan bergembira tidak pernah rasa jemu..

PUTUS CINTAKAH AKU..?
sekarang bercinta dah tak mahu..
berdua dah tak mampu..
berborak sangat jarang berlaku..
berduka dan bergembira dah tak ada masa nak mengadu...

kenapa jadi sebegini rupa..?
aku bercinta dengan siapa?
bukankah dia yang perlu aku setia..?
atau aku ini sudah lupa..
siapa aku di Dunia Sementara..
Akhirat itukan masih ada..??

Masih putus cintakah aku..??
jika diberi nikmat aku lupa..
di beri kesenangan aku alpa..
diberi ujian aku berduka..

sayang kamu tinggalkan Dia..
Kerana tanpa DIa kamu tidak ada apa-apa..
cukuplah bermain dengan Dunia..
Kembalilah Mencari Akhirat Selamanya..


> QIAMMULAIL..
"aku dah lama tak bangun qiam..sibuk sikitlah.. banyak kerja kena stay up.."
( TAPI masa nak berubah dulu.. tiap malam bangun solat sunat tahajud..taubat lg..hajat pulak tu..HEBAT lagi sunat tasbih..)

> Al-QURAN..
" aku jarang juga buka.. paling kurang pun sehelai je baca sehari...tak ada masa sangat sekarang.. "
(TAPI masa nak berubah dulu..  tiap waktu waktu solat sekurang-kurangnya baca satu mukasurat al-quran..)

> MATHURAT...
"aku kalau ada masa tu bacalah,tak ada masanya aku tinggal.. tengok keadaan lah.. kelas.. meeting.."
(TAPI masa nak berubah dulu.. tiap lepas subuh dan lepas asar.. tak pernah tinggal..)

>  ZIKIR...
"aku kira mana sempatlah.. kalau ingat tu zikirlah.. banyak keje lah kadang-kadang lupa.."
(TAPI masa nak berubah dulu........



Isnin
 لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ اِلا بِا للهِ الْعَلَيِ الْعَظَيْمِ

Selasa
اللهُّمَّ صَلَى عَبْدِكَ ورسولك 
وَنَّبِيِّكَ الا مِيْنَ
وَعَلىَ اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ

Rabu
اَسْتَغْفِرُ الله الْعَظِيْمِ

Khamis
ِسُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْم

Jumaat
ِيَا اللهُ

Sabtu
لا اِلَهَ اِلا اللَّه

Ahad
     يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ


  • NAK SALAHKAN SIAPA..??
  • APA JADI SEBENARNYA..??
  • DIMANA DIRI KAMU SEBENARNYA.??
  • MENGAPA SEMUA INI BERLAKU..??
  • BAGAIMANA NAK BUAT..??
  • PUTUS CINTAKAH AKU......??


persoalan demi persoalan bermain di fikiran..
dengan harapan jawapan ALLAH beri dengan sendiri tanpa USAHA...
persoalan demi persoalan difikirkan..
dengan harapan Hidayah ALLAh turun dari langit tanpa IKHTIAR..

Allahu..Allahu..Allahu..
kamu menangis..
tetapi kamu tidak tahu apa yang perlu di lakukan..
kamu sedar..
tetapi kamu tidak tahu apa nak di buat..
kamu kecewa..
tetapi kamu tak mampu bangun setelah kamu jatuh tersungkur..

"Katakanlah: "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
 (Surah az-Zumar: 53)

  • NAK SALAHKAN SIAPA..??

salah kan diri..? kehidupan..? TUHAN? sudah-sudahlah HATI.. kenapa harus dipersalahkan diri mu.. persalahkan kehidupanmu..ALLAH itu sangat ADIL pada umatnya..
Tika kita LALAI.. di tampungnya kita dengan UJIAN untuk kita kembali mengingatiNya..
Tika kita TERSUNGKUR.. di jentiknya kita dengan KESAKITAN sebagai penghapus dosa..
Tika kita REBAH..di sentuhnya kita MASALAH untuk kita muhasabah kelemahan diri..
ALLAH sangat BAIK!

"Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya." 
(Hadis Riwayat Thabrani dari Abu Umamah)

  • APA JADI SEBENARNYA..??
Tak jadi apa-apa pun pada kamu sebenarnya.. Allah beri kamu LALAI sebentar..Allah beri kamu TERSUNGKUR sekejap je.. MASALAH tu tak berat mana pun..SAKIT itu PENAWAR dosamu BERSABARlah wahai HATI..sekejap je semua ni..

"Apabila ALLAH mencintai seseorang hamba, maka Dia akan mengujinya. Jika hamba itu bersabar dan redha maka Dia akan memilihnya menjadi kekasihNya"
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

  • DIMANA DIRI KAMU SEBENARNYA.??
kamu tak kemana-mana.. kamu tetap milik ALLAH sehingga kematianmu hadir..
kamu manusia.. kadang-kadang iman kamu ada turun naiknya.. kadang-kadang kamu sedar.. kadang-kadang tanpa sedar kamu tersasar sedikit.. sedikit jee..tak banyak... KEMBALI lah..ALLAH sentiasa menunggu TAUBAT mu..


"Mereka itu ialah orang-orang yang bertaubat yang beribadat yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman 
(AT-Taubah 9: 112)

  • MENGAPA SEMUA INI BERLAKU..??
Kerana ALLAH.. Allah beri kamu ruang..Allah beri kamu peluang.. untuk kamu menikmati kehidupan sementara ini.. Kerana Allah beri kamu masa untuk mengenal erti DUNIA.. Allah Sayang kamu..walaupun ketika itu seDETIK pun hati kamu tidak mengingatiNya.. Baikkan ALLAH.. didiklah kembali..DIDIK HATI MU untuk kehadapan dengan bersyariat..
HARGAILAH KEHIDUPAN DUNIA ini..
tinggal lagi kamu perlu dekati maha pencipta seiring dengan ujian yang kamu hadapi..
jangan tinggalkan ALLAH ketika waktu senang mahupun sukar...

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya"
(Al-Baqarah : 286)




  • BAGAIMANA NAK BUAT..??
*      PERBETULKAN NIAT..

setiap apa yang di lakukan, letakkanlah ALLAH yang paling atas..ia membuatkan diri akan terus tunduk malu atas kesilapan lalu.. perbetulkan niat agar sentiasa istiqamah beribadah kerana Allah,  walaupun hakikatnya kita sering tersasar dari landasannya..

*       SAHABAT..

 Carilah Sahabat yang bilamana memandang wajahnya teringat kita akan ALLAH, 
Apabila mendengar kata-katanya IMAN kita akan bertambah..
Apabila mendampinginya, hati akan jadi TENANG..

kembali pada sahabat2 itu..
 jangan bersendiri di saat diri di uji kerana ALLAH hadir..dan ketika itu juga Syaitan juga menghampiri..


*      MENGINGATI MATI..

sejauh mana pun kamu berada.. sehebat mana ujian, sakit dan masalah yang di hadapi.. dengan mengingati akan hari KEMATIAN.. pasti mendekatkan kamu dengan ALLAH.. kerana kehidupan selepas kematian itu adalah kehidupan abadi di mana manusia tidak lagi punya pilihan untuk memilih jenis kehidupan yang akan ia jalani seperti saat di dunia ini..

(Iaitu)Orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali" 
(Surah Al-Baqarah :156)



*    ISTIQAMAH

cari lah...carilah ruang untuk istiqamah.. lakukan atas kemampuan mu.. dan berterusanlah melakukannya.. kerana Allah sangat memuji mereka seperti ini melalui firman nya yang bermaksud

"Sesungguhnya orang yang mengatakan: 'Tuhan kami ialah ALLAH' Kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan) : 'Janganlah kamu rasa takut, dan janganlah kamu rasa sedih dan bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan ALLAH kepadamu'"
 (Surah Al- Fusshilat : 30)

  • PUTUS CINTAKAH AKU......??
sedang kamu putus CINTA dengan ALLAH.. Allah tidak pernah sedikit pun memutuskan CINTAnya kepada kita.. malah diberi ruang untuk kita lebih mengenalNya.. BERSYUKUR lah wahai hati.. kembali lah mencari CINTA Ilahi.. Kita cuba LARI dari CINTA ALLAH.. sedang CINTA itu sentiasa ada dalam setiap HATI2 mereka yang inginkan SYURGA ALLAH..


Akhir kata pujuk hati dengan kata-kata ini..
Andai MALAIKAT melakukan KEJAHATAN itu MUSTAHIL dan andai IBLIS melakukan KEBAIKAN itu juga MUSTAHIL.. Tetapi bagi MANUSIA berbuat KEDUA-DUANYA itu adalah TIDAK MUSTAHIL.. TERUSLAH MEMOHON TAUBAT DARI ILAHI.. SEMOGA KITA TERUS MENCINTAI ALLAH DAN CINTA ITU SENTIASA TERPAHAT DI HATI..




2 comments:

  1. aku putus cinta dengan manusia kerana aku pasti di dunia die tidak kekl utkku...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Comment My Blog~