~FoLLoW Me~

Wednesday, 17 April 2013

KEKUATAN ITU...



masa itu berlalu..
aku kehadapan untuk perbetulkan waktu..
bukan mudah untuk mengawal nafsu..
kerana aku juga manusia seperti kamu..

ramai melihat aku semakin berubah..
kerana aku cuba menjadi tabah..
cukuplah tangisan itu buat aku lemah..
kerana aku tidak mahu lagi rebah..

Terima Kasih Allah..
kerana beri aku ruang untuk berubah..
menjadi muslimah yang tabah..
menangkis segala masalah..
melahirkan jiwa yang tidak mudah lelah..

Sedang hati menatap kesedihan yang panjang...
taklifan Allah banyak pula bertandang..
Kesibukan itu hadir tanpa di undang..
dan aku cuba menjadi lebih matang..
kerana aku yakin Allah ada tidak pernah hilang..

Aku bersyukur pada ilahi..
memberi aku segala tanggungjawab ini..
buat aku belajar untuk lebih berdikari..
mengurangkan rasa rendah diri yang tidak terperi..
memberi ruang untuk aku mengenal dunia realiti...

luka hati mungkin sukar diubati..
istigharah itu buat aku bermuhasabah sendiri..
meletakkan Allah di tempat tertinggi..
itulah Jalan yang Allah Redhai..

buat kamu yang pernah mengusik hati ini..
terima kasih atas keputusan sebegini..
aku redha andai itu takdir ilahi..
kerana Allah lebih tahu setiap isi hati..
Semoga Allah beri yang TERBAIK buat diri mu dan diri ku nanti...





Wednesday, 10 April 2013

Kenangan UKM (part 9) : My Birthday ^_^

saja ingin mengingati kenangan sepanjang 3 tahun berada di UKM...
aku bukan lah popular mana..
tapi aku yakin dengan diri aku bilamana sekeliling ku menyambut baik kehadiran ku...

sepanjang 3 tahun aku di UKM.. setiap kali hari lahir ku..
alhamdulillah di sambut baik oleh sahabat2 ku dan ahli2 keluarga ku..
Aku syukur dengan nikmat kebahagiaan yang Allah beri...

bila baca entry ni
rasa baru jee sambutan ini di buat..
tetapi rupanya dah nak hampir 3 tahun berlalu...
2011
2011
 seingat ku birthday pada usia ku 21tahun di sambut di kampung kediaman atas sebab sibuk menguruskan hari walimah abang ke dua yang berkahwin...
sambutan kecil2 lah tapi tetap kejutan yang buat hati sebak..
2012

dan tahun terakhir (mungkin) aku berada di UKm...
sambutan hari lahir ku yang ke 22tahun tetap di sambut..
malah lebih dari yang di jangka sambutannya..

2013
aku bersyukur Allah hadirkan aku sahabat2 serta keluarga dan mereka yang mendampingi aku..
aku amat bersyukur Allah beri aku kebahagiaan ini..
Aku harap Allah tak tarik segala nikmat ini..
dan dengan nikmat ini aku harap aku lebih mendekatiNya dan terus berSYUKUR dengan NikmatNya...

Terima KAsih Allah

mood : Sentiasa Husnuzon( bersangka baik) dengan Allah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Comment My Blog~