~FoLLoW Me~

Saturday, 26 May 2012

Remaja Bebas

Remaja memang suka dirinya bebas,
tanpa memikirkan adanya batas,
tak pernah risau dengan ada nya Allah di atas,
kerana dosa itu tak nampak di atas kertas.

Sampai bila kamu ingin bebas..?
Allah sentiasa memerhatikan segala apa yg terlintas,
lembutkanlah hati kamu yang keras,
dengan meletakkan Allah yang paling Atas.

Janganlah cari jalan mudah dan malas..
kerana Hidayah itu Allah beri pada mereka yang hatinya keras..
berilah ruang dan peluang untuk diri menggalas amanah tanpa balas..
semoga Allah hadirkan hati kalian dengan fahaman Islam yang jelas..

maaf kan saya andai kata2 yang terlepas,
kerana sampai masa untuk saya bertegas,
hadir di sini bukan untuk berbahas,
jika saya salah, saya terima Allah balas.





Thursday, 24 May 2012

Izinkan Pemergian ku..


Aku melihat mereka dari jauh nun di sana..
senyum , tawa senda, dan gembira..
syukur hati apabila adanya sahabat berukhwah semantap mereka..
hati ini ingin sekali memeluk tiap dari mereka tanda aku teramat cintakan kenangan bersama..

walaupun hadir hanya seketika..
hati mengharap mereka sedar akan kehadiran ku di dunia..
andai Allah memilih aku pergi dahulu sebelum mereka..
izin aku mohon 1000 kemaafan dalam setiap detik aku bersama mereka..

Allah itu maha berkuasa..
Allah hantar aku untuk menggembirakan suasana..
jika kalian sedih, aku x akan biar kan ia..
kerana aku mahu kalian bahagia..

kematian itu pasti andai itu ketentuanNYA..
entah bila ia akan menjemput pastinya ku x mampu menolak segalanya..
hanya 1 pinta dari ku buat kalian sahabat selamanya..
Doakan aku pergi jika itu yang Allah pinta...

hadir bukan untuk buat kalian berduka..
cuma ingin mengingatkan kematian itu sentiasa menghantui kita..
jika bukan hari ini, esok atau akan datang pastikan tiba..
bersediakah kita andai dunia ini menjadi agenda utama..??

Semoga Allah letakkan kita di Syurga selamanya..
Islam menjadi agama Utama..
Al-Quran dan Sunnah menjadi Panduan kita..
dan Rasulullah sebagai ikutan kita..





Friday, 4 May 2012

Aku Ingin Berubah.. !!

mereka cuba untuk berubah,
tetapi ada yang memandang dan menyampah,
Mereka ingin membawa imej Islam seperti bertudung dan berpurdah,
tetap di pandang ibarat membuat salah.

syukurlah mereka di kalangan orang yang Allah Beri Hidayah,
dan kamu tak teringinkah..??
cukup lah memberi alasan belum "bersedia laaah.."
kerana hidayah itu perlu di cari walaupun payah..

Berselendang, bertudung yang pelbagai itu tidak salah,
asalkan menutup dada,bahu dan tidak jarang sehingga leher terdedah,
jangan rasa malu,segan dan takut di pandang rendah,
kerana mainan persepsi mereka itu sememangnya Fitrah..

bukan mudah untuk mendapat pertunjuk hidayah,
jika tidak merasakan penat dan lelah,
Anggap lah ia nya ujian yang harus kamu redah,
pastinya ganjaran Syurga yang Indah..

Aku hadir kerana teramanah,
kerana aku melihat dunia samakin hari semakin payah,
di tegur tak di endah,
di nasihat terus berpaling tadah,

kuatkan hati untuk mencari solusi pada setiap masalah,
supaya diri terus berlapang dada dengan segala mehnah,
untuk itu berusahalah,
semoga tercapailah matlamat ini untuk berdakwah..


Wednesday, 2 May 2012

Aku Masih Bersama Kalian


Mereka Melihat Aku Sunyi..
Sedang Aku melihat mereka Aku Bahagia sekali,
Mereka Memandang aku Sepi,
Aku Sentiasa memandang mereka Dari Jauh setiap HAri..

Di belakang mereka aku nampak berani,
Tetapi di hadapan mereka aku takut dan terus menyepi..
puas aku mencari,
tetapi tak ku temui.
Adakah Aku Terlalu riak seperti ini,
atau malu sehingga menghilangkan diri,

mereka,aku ibarat langit yang tinggi,
sedang aku ibarat tanah yang hanya di pijak tanpa peduli,
sukar untuk aku kehadapan bersama mereka yang sungguh hebat tak terperi,
kerana aku hanya mampu berbicara tanpa isi.

Sikap ku selalu mencuit hati,
mungkin senang untuk di dekati,
diam ku bererti aku malu atau terlalu merendah diri,
pada mereka yang aku hormat seperti seorang Daié
dan aku hanya seorang mad'u yang penuh dgn sifat duniawi..

hari2 ku sujud pada Ilahi,
semoga Allah Berikan pertunjuk dan menerima taubat hambanya yg lemah ini,
maafkan aku yg jauh sehingga kini,
ku harap Allah temukan titik persamaannya kita nanti..

aku tidak tahu untuk berkata apa2 lagi,
kerana Jawapan nya belum ku temui,
doakan aku yang terlalu memandang tinggi pd ciptaan ilahi,
semoga doaku di terima dan di rahmati..

~muhasabah diri~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Comment My Blog~