~FoLLoW Me~

Sunday, 29 April 2012

Cinta Allah yang Kita Cari

Bukan Niat untuk meninggalkan kamu sendiri,
hanya untuk menjaga hubungan agar tidak jauh tersasar begini,
jangan terlalu merasa kecil hati,
kerana ku yakin ALLAH redha jalan kita ini,

Allah Lebih tahu Perasaan di kala umur sebegini,
jangan di pandang rendah pada mereka yang cuba mengawasi perasaan ini,
syukur kamu tidak di uji sebegini,
kerana ALLAH masih menjaga hati kamu dari di selimuti cinta manusiawi,

mereka terus mengejar cinta ini,
sedang mereka lupa, kematian yang menanti,
kematian akan hadir sesuka hati,
sudah bersediakah kamu yang selalu mengingati kecintaan manusiawi ini..??

apapun berbaliklah pada cinta illahi,
cinta yang hakiki tiada tandingannya lagi,
Yang Tidak pernah merasanya teruslah istigharah menanti,
semoga ALLAH kabulkan permintaan kalian di satu masa kamu perlukan nanti..


Kita Masih Ada Jarak Pemisah

kenapa harus resah sebegini,
andai kamu yakin janji Allah itu pasti,
kenapa harus di ragui akan pilihan ini,
jika Allah telah tenangkan hati..

andai tujuan mu sekadar untuk mengenal erti cinta abadi,
mungkin anda lupa akan cinta Allah yang tidak ada berbelah bahagi,
andai dirimu merasakan ingin di sayangi dan di peduli,
mungkin anda tersasar sehingga lupa Allah ada di sini..

kenapa harus berhubung sebegini,
jika kamu yakin Allah ada memerhati,
sampai bila harus sebegini,
kerana ikatan kamu ini belum halal untuk di teruskan lagi..

mungkin kamu sudah bertunang tanpa di sedari,
tetapi ingat kamu masih tidak halal untuk dia lagi,
jagailah hubungan kamu ini,
supaya yang bakal menjadi permaisuri dan putera mu nanti bersih dan suci..


Mereka Tidak Berdosa

apabila Allah memberi nikmat itu, x ramai yang mensyukuri..
malah di buangnya begitu tanpa belas dan sangsi..
yang halal di uji dengan gugurnya permata yang di nanti,
yang haram itu di uji dengan lahirnya permata yang tidak di peduli..

hampir luluh hati mereka yang menanti,
tapi yang hanyut hati,mereka yang tidak mahukan semua ini terjadi,
Allah itu maha mengetahui,
Terimalah Dugaan ini Sebagai Penganti Allah untuk menguji,
Sabar,Tabah, itu yang harus di sepakati,
semoga Allah Kuatkan Hati saudara yang Teruji...




Perjuangan ini

 mereka sedih menanti kehadiran saudara mereka..
sedang kita gembira dengan kemewahan sementara,
puas mereka merayu minta di bantu walaupun seketika,
tapi mata hati buta x mampu melihat keperitan mereka..

Allah ada bersama mereka,
tapi kita lupa untuk adakan Allah bersama dengan kita,
allah uji kita dengan kemewahan dunia,
sedang mereka di uji dengan keganasan tak terhingga,

kita cuma untuk BERSIHkan kefahaman di Malaysia..
dengan harapan semua ada perasaan untuk membantu mereka,
Allah beri ilmu pada kita,
untuk beri peluang untuk kita berbakti pada agama,,

sampai bila kita ingin rasa gembira,
sedang saudara kita di sana terkapai2 memerlukan bantuan kita,
sedarilah saudara-saudara yang mudah lupa,
amanah kita besar untuk menegakkan agama,

takutlah dengan kematian yang akan tiba,
Allah tak lihat berapa duit yang kamu ada,,
Allah mahu kita bersama..
Berilah ruang kepada semua,
untuk bersuara dan menegakkan keaadilan yang nyata,,




Tuesday, 17 April 2012

HAri Ini Hari Lahir Abang!! ^_^

hari ni hari LAHIR ABANG!!!
walaupun BOLEY MCG tp nak letak kat FACEBOOK jgk..
saya SAYANGKAN ABANG saya.. (jgn geli ye)
SYUKUR ALLAH BERI BROTHER SEHEBAT ABANG..
yang mampu menjadi sahabat yang paling akrab buat ku..(ye ke..?? :p )
yang menjadi imam dalam jemaah solat ku..(ye insyallah)
yang menjadi pembimbing dalam urusan agama ku..(alhamdulillah)
yang tidak pernah lupa untuk mengingatkan ku..(syukur)
yang suka MEMBULI ku..(sabar je laa)
yang menjaga ku sepanjang aku berada di UKM ni..
yang selalu belanja makan(belanja selalu lagi ye) ^_^

teringat masa abg kat Jepun.. Setiap Tahun HAntar KAD BIRTHDAY kat IYAH..simpan lagi tau..
terima kasih banyak2..♥

perkataan abg ajar smpai sekarang ingat..
WATASHIWA ANA TAGA SUKIDAHS (maaf kalau salah eja..hehehe)

TERIMA KASIH KERANA MENJAGA KAMI ADIK2 Mohammad Zharif Zainal, Zhafirah Zakura Zainal, siti Zahidah NAjwa....

SANGAT BERTUAH MENDAPAT ABANG YANG BERNAMA Mohd Zhafran Zainal ...♥ ♥

 

Tuesday, 10 April 2012

PeNgemBaRaAn Ku Di Kedah (1)



lihat sahaja gambar di atas..
subhanallah..indah sungguh alam ciptaan ALLAH ini..
ingin ku kongsikan pengembaraan aku ke KEDAH..
jam 10.15malam pada hari jumaat 6hb April 2012, bertolaknya aku dr UKM ke Kedah..
Perjalanan yang mengambil masa hampir 7jam.. walaupun lama perjalanannya ia tetap tidak mematahkan semangat kami..kerana kami sedar akan kepuasan yang akn kami dapat.

Pengembaraan Ku di kedah(2) : Allahkan Ada.. (^_^)

Ketika aku sedang melihat buku2 yang berada dalam gedung ilmu POPULAR itu,
terlihat kepada seorang wanita yang berpakaian sekadar jeans,t-shirt, dan rambut berikat sedang melihat kepada buku2 agama.. ku mengekorinya dan terlihat pula seorang jejaka bersama nya dengan berseluar jeans, t-shirt dan rambut panjang yang berikat serta cermin mata di atas kepala sedang membelek2 buku agama di sekitar itu..

terlintas hati ini untuk mengekori gerak geri mereka...


wanita: nah, ambil ni.. (buku panduan solat)
jejaka: di belek2nya buku itu. dan di letak kan kembali ke tempat asal..
mereka terus berjalan2 membelek buku2 yang lain..
terlihat kepada wanita itu memegang buku bacaan yassin..
sungguh! yakin hati ini, mereka sedang mencari..

hati terus mengatakan.. aku perlu membantu mereka..
ku mencari buku yang sesuai..
ALLAHUAKHBAR, TERNYATA ALLAH MAHA MENGETAHUI..
buku bertajuk "WAHAI WANITA BIMBINGLAH DIRIMU" ada di hadapan ku,
ku lihat isi kandungan nya..ternyata sangat sesuai untuk panduan wanita atau leki memndu kaum wanita, dari aurat,solat, dan byk panduan fikah lain..


Wednesday, 4 April 2012

Hari ini Hari Lahir Mak!!

hari ni hari LAHIR MAK!!
walaupun mak tak da FACEBOOK.. tapi nak bagitahu jgk..
saya sangat SAYANGKAN MAK saya..
SYUKUR ALLAH BERI IBU SEHEBAT MAK..
yang mampu menjadi sahabat yang paling akrab buat ku..
yang menjadi imam dalam jemaah solat ku..
yang menjadi pembimbing dalam urusan agama ku..
yang tidak pernah lupa utuk mengingatkan ku..
yang menjaga ku semasa aku terlantar sakit..
yang sentiasa memberi makanan yang sedap2 kepada ku..
PALING UTAMA
TIDAK PERNAH PENAT MENDOAKAN KEJAYAAN DAN KEBAHAGIAN ANAK2MU...
SAYA AMAT MENYAYANGI MAK SAYA!!!

TERIMA KASIH KERANA MELAHIRKAN DAN MEMBENTUK KAMI ANAK2 MAK BERJAYA SEHINGGA SEKARANG..

SANGAT BERTUAH MENDAPAT IBU YANG BERNAMA ZURIATI BINTI ZAINOL...♥ ♥ ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Comment My Blog~