~FoLLoW Me~

Sunday, 9 December 2012

Kenangan UKM (Part 7) : Lawatan Ke Hospital Banting, Selangor









Perubahan Itu


Entry ku Kali ini lebih melihat dari sudut pandang seorang yang masih mencari redha ALLAH dan belajar untuk menjadi lebih baik...

Kini Hampir berakhir Sem 5 dan akan hadir sem terakhir ku dalam jurusan IJAZAH SARJANAMUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN (FIZIK)

dalam mengecapi segulung ijazah fardhu kifayah ini.. aku terus mengejar ijazah fardhu ain yang aku kira hanya insan yang sedar akan  kepentingan ILMU Akhirat ini sahaja yang mampu mengejar ijazah ini..

Saturday, 8 December 2012

SEMINAR MUSLIMAH KONTEMPORARI

Allahuakhbar.. Allahuakhabar.. Allahuakhbar..
Setelah lama menyepi.. saya hadir dengan tajuk...
Wow!! RUMAH KU SYURGA KU..
OPS!!SABAR.. SAYA MASIH SINGLE...^_^

Hadir sekadar ingin Berkongsi.. Kita Hanya Merancang Dan Allah Juga Turut Merancang,.
Dan SESUNGGUHNYA..PERANCANGAN ALLAH ITU ADALAH YANG TERBAIK...

ku buka perkongsian ku kali ini dengan lafas
Petang itu aku mendapat mesej JEMPUTAN KHAS daripada kakak Syida merangkap Naqibah saya dan Batch saya...kalau dah jemputan khas kire free lah kan..^_^

nak dijadikan cerita.. tak ada seorang pun yang ingin pergi walaupun percuma.. hurmm..bila dah di jemput..dan niat hati pun dah pergi.. duduk dalam bilik pun buat tak sedap hati...
aku melangkah kaki pergi ke sanaa....

dengan niat..PASTI AKU AKAN DAPAT SESUATU YANG ORANG LAIN TAK DAPAT DAN AKU TERPILIH DIKALANGAN YANG ADA UNTUK HADIR KE TAMAN-TAMAN SYURGA ini.. ALHAMDULILLAH..


dalam keadaan..aku tidak mengetahui apa pengisian nya.. tentatifnya.. aku masuk tanpa kata.. kerusi penuh dan yang tinggal hanya di hadapan sekali..Allahuakhabar..apabila aku melihat kiri dan kanan..
"Allahuakhabar! mereka semua mak2 aku..nenek2 aku.." plj IPT hanya dalam 5orang..
bermulalah PENGISIANNYAAA...

MARI SAYA BERKONGSI BERSAMA KALIAN.. ^_^

Tuesday, 4 December 2012

Pandangan (1)



aku melihat Perkahwinan itu Berat Untuk Dipikul andai diri masih tidak mampu bergerak seiring dengan landasan Islam SEBENAR..

Aku melihat pertunangan itu bukan Lesen Untuk kita berdamping sentiasa dan menghubungi Bakal pasangan kita tanpa batas..

aku sering bersama dengan mereka yang lebih berumur dariku bagi aku mengerti erti baitul muslim itu sebenar..

andai mampu aku kongsikan bersama..tapi sayang.. ramai masih menganggap aku seperti kanak2 riang yang hanya mampu duduk dengan kehidupan seperti tidak mengerti apa2..

aku melihat ilmu itu luas.. dan ilmu itu bukan hanya di dalam kuliah semata2..tapi sayang.. ramai menganggap ianya x berguna dan membazir masa..

kematangan itu bukan diukur dengan umur..
tapi aku kire kematangan itu di ukur dengan ILMU...

bukan hadir untuk mengatakan yang ILMU ku penuh di dada..
tetapii .Aku melihat tanpa bersuara..
kalian lihat aku xmatang seperti aku tiada apa2..

aku diam tidak bermakna aku setuju dengan apa yang aku lihat..
mungkin aku malu kerana umurku masih muda..
aku bukan sesiapa untuk menghukum kalian sebagai makhluk ciptaan Allah..

banyak perkara yang aku ingin sampaikan tetapi tidak terluah melalui mulut..
kerana aku sedar.. siapa ingin mendengar suara ku..

yang tidak pernah serius bila bercakap..
yang hanya kebudak-budakkan bila berbicara..
yang hanya senyum bila ditegur tanpa bersuara..
yang hanya bercakap kosong tanpa isi...

Perasaan Rendah diri itu sukar untuk di bendung bilamana mereka yang aku sayang sentiasa tidak memberi ruang untuk aku bersuara atas kefahaman ku...



Thursday, 15 November 2012

SEDARLAH ANAK MUDA

Mereka Tidak minta simpati..
cuma mohon doa kalian yang tak henti-henti..
fikir lah andai kalian di tempat mereka nanti..
Allah Itu maha mengetahui...

Siapa Kita untuk melawan qoda dan qadar ilahi..
tapi sekurang2nya kita mendoakan agar di berhenti..
kekejaman semakin menjadi-jadi...
tak kan kita hanya duduk diam tanpa beraksi..

kita memang hidup happy..
tapi mereka juga berhak merasai..
kenapa kalian hanya berdiam diri..
sedarlah sahabat2 dunia hanya pinjaman ilahi..

jangan terlalu bangga diri..
tak lama kita juga yang rugi..
kita bukan sapa2 untuk di pandang tinggi..
Semoga Allah tidak tarik nikmat itu kembali..

Aku HAdir bukan untuk menundung jari..
Aku sedar siapa diri..
aku melihat kalian langsung tidak peduli..
BANGKITLAH ANAK MUDA KITA BERAKSI..
MEMARTABATKAN AGAMA INI..
AGAMA YANG BAGI KU BENAR SEKALI...
CUKUPLAH KALIAN HIDUP BERSENDIRI TANPA PEDULI SETIAP YANG TERJADI..
KITA MAMPU MENGUBAH DUNIA INI..
SEMOGA KALIAN SEDAR DIRI...




Sunday, 11 November 2012

Kenangan UKM (part 6) : Kalian Istimewa Di MaTa Ku


Keluarga Angkat Di Kg Guntur, N9
14-16 nov 2012

di Sini kita bertemu..
ku mencari erti Kehidupan yang baru..
yang ku rasa lebih dekat dengan pencipta ku..
bersama mereka yang tidak tahu..
apa itu Agama Yang Sempurna Di mata ku..

Allah Temukan Aku bersama Kalian tanpa ragu..
Amanah itu aku pegang kerana aku melihat kalian mampu bersama dengan agama ku
cukup lah kalian berdiri tanpa percaya pada Tuhan yang SATU..
Aku mohon Allah Buka kan Hati kalian untuk seiring bersama dengan ku..

Mungkin Aku tidak mampu..
berhujah dengan kata2 yang mampu membuat orang terkedu..
tapi aku cuba mambawa diri yang ceria ini tanpa lesu..
membuatkan mereka semua terhibur dengan telatah dan petahku..

hanya satu harapan ku..
semoga Allah temukan aku..
bersama mereka yang bagi ku suci tanpa dosa itu..
dan kembali nya aku..
mereka mampu mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH tanpa RAGU..

ALLAHUARABB...
Bersama adik2 angkat di
Rumah Orang Asli
bersama mak dan ayah angkat
Team UKM Ke Kg Guntur, N9
14 Nov 2012

Kenangan Bersama

Keluarga Angkat Di Changlun , Kedah
2009/2010

Apa khabar kalian di sana..?
Maaf andai ku leka tanpa berkata..
bukan makna aku lupaa...
sungguh aku rindu saat bersamaa...

apa khabar adik2 akak semua..
masih ingatkan nasihat akk semasa kita berdiskusi bersama..
akak yakin kalian semua sudah besar2 belaka..
jagailah amanat kalian sebagai seorang anak kepada ibu dan bapa...

rindu aku saat itu..
saat mampu membuat kalian tersenyum bahagia..
rindu saat itu..
saat makan, minum dan bersiar bersamaa...
rindu saat itu..
saat kita menyambut hari kelahiran adik beradik kita.. (zulhilmi)
rindu saat itu,
saat ibu bapa kalian memberi kasih sayang yang tiada bandingnya..




Ku Harap Kita Akan Bertemu kembali..
Menjalin Hubungan yg erat tanpa berbelah bahagi..
menikmati kebahagiaan dan keceriaan itu lagi..
Doakan kan aku di sini..
Agar Mampu Mencapai Kejayaan yang di impi..

Terima Kasih kerana Menerima Saya Menjadi Sebahagian Daripada Keluarga Kalian.. ^_^



bersama mieza dan fieza
Zulhelman dan Zulhilmi

Tuesday, 23 October 2012

Kenangan UKM ( PART 5) SeTiA TeGuH BeRSaMa.. ^_^



Muslimin Surau An-Nur  KIY 2011/2012
Muslimat Surau An-Nur KIY 2011/2012










Indah Sungguh Pertemuan Bersama Sahabat2 Yang Mengenal Erti Persahabatan Kerana Allah..
Kerana Di Sebalik Persahabat Yang Berbumbungkan Keredhaan Allah itu sangat sukar di cari dan di ganti..
dengan Ukhwah Yang Terjalin dengan Ikatan AKidah Yang Sama..
Persahabatan Yang Erat Ibarat Seperti Keluarga Yang Baru..
Seperti Saudara Yang baru yang mempunyai Fikrah yang sama..
jika di Ungkapkan Soal Sahabat pasti ianya sukar untuk di tafsir..
dengan sahabat juga
kita kenal kehidupan..
Berlatar belakangkan Kehidupan yang berbeza 
dan kini membina sebuah keluarga yang utuh..
ku harap pertemuan ini adalah permulaan bagi kehidupan yang masih mencari CINTA ALLAH..
dan ku harap Persahabat Ini Tidak Akan Berakhir
Syukur Ya Allah

MenYamBuT Senior2 Yang Telah BerGraduasi
23/10/2012




Sunday, 21 October 2012

Kenangan UKM (Part 4) :MenJaLin KaSiH MeNYiMPuL PerSauDaRaaN

SMaRT uKHWaH PeRKiM (SUP)
21/10/2012

 Allah Ikat Kan KAmi Di Sini..
Kami Di beri Ruang Untuk BerBakti Kepada Agama ini.
Sukar Di Cari UkHwah Dan Family Seperti kami..
Kami Bersama UNtuk Menegak kan Dakwah Di Bumi Kursusnya Di UKM ini..

Allah Peliharalah Persahabatan Kami Ini..
Persahabat Yang Hanya Kerana Mu Ilahi..
Tujuan Kami Hanya Ingin Menyemai Bakti..
Demi Menegakkan Kalimah Lailahaillah itu sendiri..

Syukur Aku di beri Peluang Sebegini..
Bersama Mereka Yang AKIDAH nya jelas dan tidak di ragui lagi..
Walaupun Pelbagai Karenah yang Menghantui..
Kami Tetap BerSATU dalam Jalan Dakwah MU ILAHI..


SaNTai PiMPiNaN PeRKiM
6/10/2012

Baju Pimpinan PERKIM 2012/2013

Saturday, 29 September 2012

Kenangan UKM (Part 3) :PERMATA HARAPAN BANGSA BERSAMA MAHASISWA

SMKTM , BESUT TERENGGANU

Selangkah kami ke sana niat kami Untuk memberi..
pertamanya kami risau andai kalian Tidak sudi terima Kami di sini..
Kami Cuba Mencari Andai ada kekurangan dlm program itu sendiri..
Kami usaha dan tidak putus asa walaupun ada yang tidak menghargai...

Kini kami kembali ke ukm ini..
kami mengharap kalian tidak lupakan kenangan yg sangat bererti..
usaha kami berbaloi apabila ada yg berpuas hati..
kami sungguh terharu dengan sikap kalian yg sangat Baik sekali..

kami sedar kami manusia ciptaan ilahi..
andai kalian terasa hati sepanjang 2hari ini,
sungguh kami mohon untuk di maafi
Semoga Kalian Sentiasa Di Lindungi Ilahi..
tanpa kami Di sisi kalian Lagi..

Dedikasi Buat Adik2 SMKTM,Besut, Terengganu
27-29 SEPTEMBER

KUMPULAN 1  (^_^)


Saturday, 25 August 2012

Berhenti menghina mereka Bertudung Labuh

Raya yg ke 8..semua seronok beraya di kampung dengan menikmati pelbagai juadah dan berjumpa sanak saudara.. sejauhmana kita mengetahui batas hubungan antara lelaki dan perempuan atau kebatasan hubungan kita sesama saudara mara.. apa2pun harap tidak terlambat untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..minta maaf andai ada silap dan salah dan terkasar bahasa ye.. =)
...............................................................................................................................................................

> tudung apa ko pkai ni.. macam kain langsir je aku tengok..

> nape sampai duk rumah pun nak pakai tudung besar2..dengan stokin plak.. bukan ada sapa2pun.. sedara mara je pun mcm Adik Beradik sendiri jee.. ALIM TAK BERTEMPAT lah..!

> kenapa suka sgt pkai tudung besar2.. tgk ustazah2 dalam TV tu..pakai selendang2..lilit2.. cantk je.. tutup aurat jugak.. duk pkai tudung besar bulat@4 segi mcm ni.. BURUK sangat..

> dah lah pakai baju besar.. tudung besar.. badan pun nampak besar.. Tak Cantik.. HODOH nampak..

> Kamu Bukan Ustazah.. Bukan Orang yg jenis hafal2 quran tu.. nak pakai tudung tutup litup macam ni.. kita biasa2 je..pakaian biasa2 sudah lah.. nak tudung labuh semua.. ilmu kita bukan banyak mana pun...

hurm.. macam2 kata2 yang di lontarkan oleh sebilangan orang yang masih tidak memahami konsep menutup aurat yang sebenar.. ilmu pada diri tidak lah setinggi mana tetapi tidak jugak secetek mana..


Sunday, 8 July 2012

PoNDoK VS RuMaH


Hurmm.. Semasa Berada Di Kampus UKM.. 
Bersama Sahabat2 Mecari Erti Islam Dan 
Memenuhi Tuntutan Fitrah Sebagai Khalifah di Muka Bumi Ini iaitu Berdakwah Di kampus...
Hati ingin Sekali memenuhi Tuntutan Rohani Untuk Mengejar Ilmu Ukhrawi( Akhirat)

Jujur..
 ILmu Untuk Diri Terasa sangat lemah dan ingin sekali memenuhi dengan kefahaman yang jelas..
Dengan Kesempatan Yang Ada.. Aku di Beri Peluang Untuk Berdaftar ke DauRah Pondok..
Allahuakhabar!
Syukur Aku Di Beri Peluang Ke sana..
Dengan Keadaan Yang Sangat2 Teruja..
Aku Sujud Syukur Pada Ilahi Atas Ruang Dan Peluang Yang Allah Beri..
Aku Menelefon mak Dengan yakin aku ingin sekali pergi ke sana..

Friday, 6 July 2012

Rindu Lambaian Kaabah

Aku melihat syurga itu sangat bahagia..
muhasabah aku sendri andai hidup ini hanya seketika cuma..
cukupkah ibadah itu untuk aku bawa ke sana...
Allah , beri aku kekuatan agar aku tidak di belenggu dosa selamanya..

teringin aku memijak di tanah yang suci itu tanpa mehnah,
melihat kaabah di masjidilharam yang ku kira sangat indah..
masjid nabawi yang terdapatnya makam rasulullah, subhanallah..
Andai mampu aku  ke sana, tangisan syukur yang x mampu ku tadah..

teringat aku pada waktu itu,
aku di beri peluang tetapi aku hanya membiarkan waktu itu berlalu..
sesalan itu buat aku terasa hidup ini sukar untuk di jangka oleh waktu..
Harapan ku agar peluang itu Allah beri kan kembali kepada ku..
Agar mampu aku menebus sesalan itu..


Wednesday, 27 June 2012

Cungkil..Hancur..Bina..Kukuh..

Alhamdulillah.. Sudah Habis Exam Untuk Sem 2 tahun 2..
Pejam Celik.. Pejam Celik Dah Nak Tahun Akhir Dah..
Terasa Baru je berada di UKM..Teringat ku Kepada Post
Kau Nak jalan Lurus Orang Boleh bawakan...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Allah..Allah..Allah..
Maha suci Allah YAng memberi ruang dan Peluang ku untuk terus berkarya di dalam blog ini..
Blog ini Bertujuan Sekadar perkongsian atas kehidupan sementara di dunia realiti yang mungkin sekali terkadang kita ALPA, kita LEMAH..
dan di sini tempat kita bersama..
dalam menCUNGKIL, mengHANCUR. memBINA kembali dan mengKUKUHkan kedudukan yang kita ada sekarang..

Hadirku Sekadar untuk menyentuh HATI2 kalian dalam mengenal siapa kita di sisi MAHA PENCIPTA..
Hati2 yang terkadang sering jatuh.. lemah dan tak berdaya.

Sunday, 24 June 2012

Kemenangan Ini..

Sujud Syukur ku Atas Kemenangan ini..
Kemenangan yang bagi ku Amat Bangga sekali..
80tahun mereka perjuangkan demi Islam Yang mereka cintai..
masih butakah kalian yang berada di sini..??

Aku melihat Islam itu tinggi..
Juang Aku Atas nama Ilahi..
Doa ku Agak Kemengan itu akan Hadir di sini..
Dan Pasti Aku Tidak akan Berdiam lagi..

kadang hati terlintas ketakutan dengan kemenangan ini..
Kemenangan bagi ku tanda kiamat hampir sekali..
Kematian itu sememangnya pasti,
adakah kita telah bersedia menanti..??

Negara Ini Cantik dan aman sekali..
Lebih Cantik Jika Pemimpinnya meletakkan Allah yang paling tinggi..
Aku mengharapkan Islam Tertegak di Bumi Malaysia ini..
Semoga Kita Semua Dapat merasakan Kemenangan itu Nanti..

JADIKANLAH KEMENANGAN DI MESIR INI SEBAGAI PEMANGKIN SEMANGAT UNTUK BERJUANG ATAS NAMA ILAHI..

"Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas dan nyata." [Al-Fath : Ayat 1]




Saturday, 23 June 2012

Saya PEMIMPIN MU

saya TAK minta untuk di HORMATI..
cukup untuk sahabat2 memberi komitmen dan memberi saya peluang untuk berBAKTI..
saya cuba untuk kembali setelah saya senyap MENYEPI..
bukan untuk menghilangkan DIRI..
cuma mencari siapa DIRI..

kini ku temui..
istigharah ku terjawab KINI..
ALLAH ikatkan aku di SINI..
menjadi MAS'ULAH untuk ke sekian KALI..
semoga AKU tabhat dalam perjuangan INI..
JEMAAH yang bagi ku BENAR sekali..
BANTULAH aku untuk TERUS MENGERTI..
apa yang AKU tidak KETAHUI..
aku PERCAYA KINI.,
SAHABAT2 LAH TEMAN KU YANG SEJATI..










Friday, 22 June 2012

Kuat yang ku Cari BUKAN LEMAH


aku cuba bangkit walaupun aku lemah tanpa daya..
semakin aku melihat mereka mulut aku tersenyum tapi hati tak bermaya..
kenapa harus aku lemah andai mereka sentiasa ada..
wahai hati senyumlah agar kau lebih kuat hadapi kehidupan dunia..

Syukur Allah Beri aku sahabat2 seperti mereka..
siapa mereka sehingga aku takut sebegitu rupa..
Mereka Mujahid dan Mujahidah pejuang agama..
Wahai hati terima dan sedarilah kau juga sebahagian dari mereka..

Bangkitlah hati,
jauhkan rendah diri tak bertempat begini
Kau mampu Membawa diri mu ini..
Bersama mereka yang kau nampak hebat dan berilmu tinggi..

Bangkitlah Wahai Diri..
Jangan Jatuh Melihat mereka berdiri..
Kau mampu seperti mereka nanti..
Andai kau ketepi perasaan rendah diri mu yang terlalu meninggi..


Monday, 18 June 2012

aku TAK KESAH kalau orang kata TUDUNG LABUH SUKA BERPUAK2..



biarlah orang nak kata apapun tentang mereka yang bertudung labuh itu suka berpuak-puak..
tahu kenapa!!

meh nak habaq kat hampa semua...

> Wah!! cantiknya baju2 ni..x kirelah mahal pun..nak jeans, nak baju kemeja, kasut ,beg berjenama Padini, Bonia.. Aarghhh bestnya Shopping..
(xpe..makayah aku ada duit banyak..)

> eh, xnak lah pkai tudung besar labuh bagai, x de style laa.. xleh berfesyen..
   susah nak dapat kat pasaran skrg.. x branded plak tue..
(aku nak bergaya,baru orang nampak)

> xpe2.. saya boleh suap sendiri makanan ni..
(eee.... abenda ni share2 makan..geli laa..)

> hurmm... ada pinggan lain x..?? saya x biasa makan dalam talam ni..
        (aku biasa pakai sudu garfu kot)


> tak nak lah pergi surau..nanti budak2 tudung labuh tue pandang2..
   ingat surau tue dia punya ke..x suka betul..
   (ishh..malu lah nak masuk surau..aku pkai jeans, baju kecik, tudung sempang2)

> eh, aku lagi selesa solat sorang2 lah..lebih khusyuk..  (malas nak p masjid..nanti imam baca lambat lah)

Thursday, 7 June 2012

Aku Bukan.......


Aku Bukan Rabiatul Adawiyah tetapi Aku Pejuang Yang Cintakan Agama..
Aku Islam dan bukan sekadar Atas Nama..
Aku hadir Sekadar Ingin Membuat Kalian Gembira..
Perlukan Kah Aku Menangis di Hadapan Kalian Tanda Aku Kecewa Bersama..

Aku Sedar Kalian Hebat-hebat belaka..
Tetapi Jangan lah Memandang seperti Aku ini Bermasalah saja..
Aku berusaha Untuk berhujah Atas Ilmu Yang Allah Kurnia..
Tetapi Bukan Untuk Riak atau menunjukkan Aku Hebat Semata-mata..

Ungkapan Ukhwah di Sebut Sentiasa..
Faham kah Kalian Ukhwah Andai Perasaan Iri Hati Masih Tersemat di Dalam Dada..
Aku Cuba Untuk husnuzon Dengan Setiap Perkara..
Tetapi Aku Tetap Manusia Yang Lemah Di Sisi-Nya..

Maafkan Aku Kerana Jauh Sementara..
Kerana Aku Perlu Masa Untuk hati Sembuh Seperti Sedia Kala..
Ketiadaan Ku Mungkin Buat Kalian Gembira..
Kerana Aku Hanya Sahabat Yang Tak Kenang Jasa




Saturday, 2 June 2012

Muhasabah Sendiri



“Perempuan yang KEJI untuk lelaki yang KEJI dan lelaki yang keji untuk perempuan yang KEJI, perempuan yang BAIK untuk lelaki yang BAIK dan lelaki yang BAIK untuk perempuan yang BAIK .” (an-Nur':26)


Jangan Terlalu Membenci Sesuatu Perkara,

Boleh Jadi Yang Di Benci itu, Kamu Akan Sukai..

Besederhanalah Dalam Membuat Sesuatu Keputusan..

BerSandarkan Pada Allah Jalan Paling TERBAIK dalam Menguruskan Urusan Dunia dan Akhirat..

Teruslah BerISTIGHARAH..kerana di situ KAMU AKAN MENDAPAT PERTUNJUK..insyallah


Semoga TABAH SAUDARA ISLAM KU. .




CUKUP LAH MENGELUH.....


Kita mengeluh : "tak mungkin"
Allah menjawab : "jika Allah mengkehendaki sesuatu, cukup dgn berkata jadi,maka jadilah ia --->(surah Yasin:82)

kita mengeluh : "saya terlalu penat dan lelah"
Allah menjawab : "Aku ciptakan tidurmu untuk istirahatmu"--->(Surah An-naba:9)

Kita mengeluh : "saya tak mampu menanggung dugaan ini"
Allah menjawab : "Allah tidak mmbebankan sesuatu pd seseorang melainkan sesuai dgn kemampuannya"--->(surah Al-baqarah:286)

Kita mengeluh : "saya sangat stress"
Allah menjawab : "hanya dgn mngingati Allah, maka hati akan menjadi tenang"-->(Surah Ar-Ra'du:28)

Kita mengeluh : "tak ada guna nya"
Allah menjawab : "maka barang siapa mengerjakan amal kebaikan walaupun seberat zarah, nescaya ia akan melihat kebaikannya"-->(Surah Al-zazalah:7)

p/s : setiap persoalan dlm hidup kita ada jawapannya..maka,STOP mengeluh dan hiduplah dgn berpandukan AL QURAN dan SUNNAH.. wallahu'alam=)






Amanah itu buat kita sedar..
Kita bukan sahaja di bimbing..tetapi kita perlu MEMBIMBING org lain..
kita bukan sahaja menerima..tetapi juga MEMBERI dan MENYAMPAIKAN..
kita bukan lagi rasa senang.. tetapi rasa SUSAH untuk org lain..

Kita rasa masa kita hanya utk org lain..
Masa kita utk kepentingan org lain..
Masa kita terisi dengan urusan org lain..
Terkadang mengeluh..
Masa aku 24 jam..
Org lain pun 24 jam..
Tapi,
Allah itu sungguh adil..
24 jam yg sama..
Keberkatannya tetap berbeza..(^_^) ♥

Saturday, 26 May 2012

Remaja Bebas

Remaja memang suka dirinya bebas,
tanpa memikirkan adanya batas,
tak pernah risau dengan ada nya Allah di atas,
kerana dosa itu tak nampak di atas kertas.

Sampai bila kamu ingin bebas..?
Allah sentiasa memerhatikan segala apa yg terlintas,
lembutkanlah hati kamu yang keras,
dengan meletakkan Allah yang paling Atas.

Janganlah cari jalan mudah dan malas..
kerana Hidayah itu Allah beri pada mereka yang hatinya keras..
berilah ruang dan peluang untuk diri menggalas amanah tanpa balas..
semoga Allah hadirkan hati kalian dengan fahaman Islam yang jelas..

maaf kan saya andai kata2 yang terlepas,
kerana sampai masa untuk saya bertegas,
hadir di sini bukan untuk berbahas,
jika saya salah, saya terima Allah balas.





Thursday, 24 May 2012

Izinkan Pemergian ku..


Aku melihat mereka dari jauh nun di sana..
senyum , tawa senda, dan gembira..
syukur hati apabila adanya sahabat berukhwah semantap mereka..
hati ini ingin sekali memeluk tiap dari mereka tanda aku teramat cintakan kenangan bersama..

walaupun hadir hanya seketika..
hati mengharap mereka sedar akan kehadiran ku di dunia..
andai Allah memilih aku pergi dahulu sebelum mereka..
izin aku mohon 1000 kemaafan dalam setiap detik aku bersama mereka..

Allah itu maha berkuasa..
Allah hantar aku untuk menggembirakan suasana..
jika kalian sedih, aku x akan biar kan ia..
kerana aku mahu kalian bahagia..

kematian itu pasti andai itu ketentuanNYA..
entah bila ia akan menjemput pastinya ku x mampu menolak segalanya..
hanya 1 pinta dari ku buat kalian sahabat selamanya..
Doakan aku pergi jika itu yang Allah pinta...

hadir bukan untuk buat kalian berduka..
cuma ingin mengingatkan kematian itu sentiasa menghantui kita..
jika bukan hari ini, esok atau akan datang pastikan tiba..
bersediakah kita andai dunia ini menjadi agenda utama..??

Semoga Allah letakkan kita di Syurga selamanya..
Islam menjadi agama Utama..
Al-Quran dan Sunnah menjadi Panduan kita..
dan Rasulullah sebagai ikutan kita..





Friday, 4 May 2012

Aku Ingin Berubah.. !!

mereka cuba untuk berubah,
tetapi ada yang memandang dan menyampah,
Mereka ingin membawa imej Islam seperti bertudung dan berpurdah,
tetap di pandang ibarat membuat salah.

syukurlah mereka di kalangan orang yang Allah Beri Hidayah,
dan kamu tak teringinkah..??
cukup lah memberi alasan belum "bersedia laaah.."
kerana hidayah itu perlu di cari walaupun payah..

Berselendang, bertudung yang pelbagai itu tidak salah,
asalkan menutup dada,bahu dan tidak jarang sehingga leher terdedah,
jangan rasa malu,segan dan takut di pandang rendah,
kerana mainan persepsi mereka itu sememangnya Fitrah..

bukan mudah untuk mendapat pertunjuk hidayah,
jika tidak merasakan penat dan lelah,
Anggap lah ia nya ujian yang harus kamu redah,
pastinya ganjaran Syurga yang Indah..

Aku hadir kerana teramanah,
kerana aku melihat dunia samakin hari semakin payah,
di tegur tak di endah,
di nasihat terus berpaling tadah,

kuatkan hati untuk mencari solusi pada setiap masalah,
supaya diri terus berlapang dada dengan segala mehnah,
untuk itu berusahalah,
semoga tercapailah matlamat ini untuk berdakwah..


Wednesday, 2 May 2012

Aku Masih Bersama Kalian


Mereka Melihat Aku Sunyi..
Sedang Aku melihat mereka Aku Bahagia sekali,
Mereka Memandang aku Sepi,
Aku Sentiasa memandang mereka Dari Jauh setiap HAri..

Di belakang mereka aku nampak berani,
Tetapi di hadapan mereka aku takut dan terus menyepi..
puas aku mencari,
tetapi tak ku temui.
Adakah Aku Terlalu riak seperti ini,
atau malu sehingga menghilangkan diri,

mereka,aku ibarat langit yang tinggi,
sedang aku ibarat tanah yang hanya di pijak tanpa peduli,
sukar untuk aku kehadapan bersama mereka yang sungguh hebat tak terperi,
kerana aku hanya mampu berbicara tanpa isi.

Sikap ku selalu mencuit hati,
mungkin senang untuk di dekati,
diam ku bererti aku malu atau terlalu merendah diri,
pada mereka yang aku hormat seperti seorang Daié
dan aku hanya seorang mad'u yang penuh dgn sifat duniawi..

hari2 ku sujud pada Ilahi,
semoga Allah Berikan pertunjuk dan menerima taubat hambanya yg lemah ini,
maafkan aku yg jauh sehingga kini,
ku harap Allah temukan titik persamaannya kita nanti..

aku tidak tahu untuk berkata apa2 lagi,
kerana Jawapan nya belum ku temui,
doakan aku yang terlalu memandang tinggi pd ciptaan ilahi,
semoga doaku di terima dan di rahmati..

~muhasabah diri~



Sunday, 29 April 2012

Cinta Allah yang Kita Cari

Bukan Niat untuk meninggalkan kamu sendiri,
hanya untuk menjaga hubungan agar tidak jauh tersasar begini,
jangan terlalu merasa kecil hati,
kerana ku yakin ALLAH redha jalan kita ini,

Allah Lebih tahu Perasaan di kala umur sebegini,
jangan di pandang rendah pada mereka yang cuba mengawasi perasaan ini,
syukur kamu tidak di uji sebegini,
kerana ALLAH masih menjaga hati kamu dari di selimuti cinta manusiawi,

mereka terus mengejar cinta ini,
sedang mereka lupa, kematian yang menanti,
kematian akan hadir sesuka hati,
sudah bersediakah kamu yang selalu mengingati kecintaan manusiawi ini..??

apapun berbaliklah pada cinta illahi,
cinta yang hakiki tiada tandingannya lagi,
Yang Tidak pernah merasanya teruslah istigharah menanti,
semoga ALLAH kabulkan permintaan kalian di satu masa kamu perlukan nanti..


Kita Masih Ada Jarak Pemisah

kenapa harus resah sebegini,
andai kamu yakin janji Allah itu pasti,
kenapa harus di ragui akan pilihan ini,
jika Allah telah tenangkan hati..

andai tujuan mu sekadar untuk mengenal erti cinta abadi,
mungkin anda lupa akan cinta Allah yang tidak ada berbelah bahagi,
andai dirimu merasakan ingin di sayangi dan di peduli,
mungkin anda tersasar sehingga lupa Allah ada di sini..

kenapa harus berhubung sebegini,
jika kamu yakin Allah ada memerhati,
sampai bila harus sebegini,
kerana ikatan kamu ini belum halal untuk di teruskan lagi..

mungkin kamu sudah bertunang tanpa di sedari,
tetapi ingat kamu masih tidak halal untuk dia lagi,
jagailah hubungan kamu ini,
supaya yang bakal menjadi permaisuri dan putera mu nanti bersih dan suci..


Mereka Tidak Berdosa

apabila Allah memberi nikmat itu, x ramai yang mensyukuri..
malah di buangnya begitu tanpa belas dan sangsi..
yang halal di uji dengan gugurnya permata yang di nanti,
yang haram itu di uji dengan lahirnya permata yang tidak di peduli..

hampir luluh hati mereka yang menanti,
tapi yang hanyut hati,mereka yang tidak mahukan semua ini terjadi,
Allah itu maha mengetahui,
Terimalah Dugaan ini Sebagai Penganti Allah untuk menguji,
Sabar,Tabah, itu yang harus di sepakati,
semoga Allah Kuatkan Hati saudara yang Teruji...




Perjuangan ini

 mereka sedih menanti kehadiran saudara mereka..
sedang kita gembira dengan kemewahan sementara,
puas mereka merayu minta di bantu walaupun seketika,
tapi mata hati buta x mampu melihat keperitan mereka..

Allah ada bersama mereka,
tapi kita lupa untuk adakan Allah bersama dengan kita,
allah uji kita dengan kemewahan dunia,
sedang mereka di uji dengan keganasan tak terhingga,

kita cuma untuk BERSIHkan kefahaman di Malaysia..
dengan harapan semua ada perasaan untuk membantu mereka,
Allah beri ilmu pada kita,
untuk beri peluang untuk kita berbakti pada agama,,

sampai bila kita ingin rasa gembira,
sedang saudara kita di sana terkapai2 memerlukan bantuan kita,
sedarilah saudara-saudara yang mudah lupa,
amanah kita besar untuk menegakkan agama,

takutlah dengan kematian yang akan tiba,
Allah tak lihat berapa duit yang kamu ada,,
Allah mahu kita bersama..
Berilah ruang kepada semua,
untuk bersuara dan menegakkan keaadilan yang nyata,,




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Comment My Blog~