~FoLLoW Me~

Wednesday, 30 November 2011

.: Kita Bukan MALAIKAT dan Kita Juga Bukan IBLIS :.

"cukup kot tegur sekali, kalo dah dier nak buat lagi tue dia punya pasal lah.."
"aku cara aku, kau cara kau.."
"kalo aku tegur seseorg tue, mesti dorg akn ckp 'mcm kau bagus sgt' sebab tu aku malas tegur2 org ni"
"malaslah tegur dia, dia kan dak tudung labuh,semua nya baik..aku ni sapa je"

hmm..pelbagai kata2 dan pelbagai ungkapan dari setiap individu yang menyedari diri mereka sebagai MANUSIA,,
alasan demi alasan di berikan tanpa sedar diri sebagai MAKHLUK CIPTAAN ALLAH yang di beri keistimewaan AKAL untuk berFIKIR secara WARAS..
pelbagai jawapan di berikan untuk jauh dari TUNTUTAN DAKWAH yang WAJIB keatas diri setiap individu yng bergelar KHALIFAH..



KITA BUKAN MALAIKAT..
Mereka menyembah Allah dan selalu taat kepada-Nya, mereka tidak pernah ada dosa..
andai melakukan satu perkara yang jahat@jahil itu satu yang MUSTAHIL..

KITA BUKAN IBLIS
Mereka menyembah ALLAH tetapi saat ALLAH meminta IBLIS menyembah Adam, IBLIS menolak..
Iblis Berkata "............PASTI aku akan menjadikan mereka (MANUSIA) memandang baik (Perbuatan Ma'siat) Di muka bumi, dan PASTI aku akan menyesatkan mereka semuanya" (Q.S. Al-Hijr:39).
andai IBLIS melakukan satu perkara yang baik itu satu yang MUSTAHIL

saya ulang lagi sekali andai MALAIKAT melakukan satu perkara yang JAHAT@JAHIL itu satu yang MUSTAHIL.. dan andai IBLIS melakukan satu perkara yang BAIK itu satu yang MUSTAHIL..
BAGAIMANA PULA KITA MANUSIA..???

Iblis berkata kepada Allah :
“Engkau telah mencipta seorang makhluk yang lebih rendah dariku,Tetapi dia justuru Engkau muliakan.Dia akan menentang-Mu,membuat kerosakkan di muka bumi,dan menumpahkan darah.Engkau Telah menghinaku dihadapannya, padahal dia belum pernah menyembah-Mu.Sementara aku telah menyembah-Mu dalam bentuk yang tidak bisa digambarkan oleh siapapun. Mengapa bisa demikian?”
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat:
“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.”
Mereka(malaikat) berkata:
“Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?”
Tuhan berfirman:
“Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”
(AL BAQARAH :30)

Subhanallah..lihatlah keterangan ALLAH yang pertahankan kita di hadapan para malaikat dan iblis..
ternyata apa yang di katakan para Malaikat dan Iblis itu BENAR..
lihat saja zaman sekarang.. pelbagai kerosakan berlaku dari muka bumi sehingga diri mereka sendiri yang hancur di jamah kemewahan DUNIA..

sedari lah tugas kita sebagai KHALIFAH..
wajib keatas kita untuk BERDAKWAH..
jika berat tugas DAKWAH itu buat mu..
cukup lah untuk diri kamu menjaga MARUAH dan PERIBADI DIRI kamu sebagai seorang KHALIFAH ALLAH..
agak tidak berat bagi PENDAKWAH lain untuk menanggung AMANAH ke atas mu..

kita sedar setiap kita TIDAK SEMPURNA..
tetapi itu bukanlah PENGHALANG untuk kita berUSAHA untuk menjadi insan yang SEMPURNA..
BANGKIT LAH WAHAI SAUDARA2 KU..


jangan rasa rendah diri dengan kelemahan diri..
tiada sapa yang meninggalkan kamu sendiri..
dekatilah mereka yang membawa kamu ke jalan yang di redhai..
sesungguhnya ALLAH itu sentiasa mendengar luahanan isi hati mu..

TEGURLAH.. NASIHATILAH..SEDARILAH..INGATILAH
  • sedarkan lah mereka dari KESESATAN
  • tegurlah mereka dari KEMEWAHAN DUNIA
  • nasihatkan mereka akan keJAHILAN yang mereka lakukan
  • ingatkan mereka akan KEKUASAAN ALLAH
Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)


sesungguhnya lakukan segala perkara bersama sahabat2..
sesungguhnya mereka lebih mengenali kita..
mereka yang nampak kelemahan kita..
berlapang dadalah menerima teguran sama ada dari sahabat-sahabat mahupun musuh di sekeliling kita..

kita insan biasa..
andai MALAIKAT melakukan keJAHATan@keJAHILan itu MUSTAHIL..
dan andai IBLIS melakukan keBAIKan itu juga yang MUSTAHIL..
Tetapi bagi kita MANUSIA berbuat keDUA-DUAnya itu adalah TIDAK MUSTAHIL..


~INDAH SUNGGUH HIDUP DALAM BERJEMAAH~
Selagi kita bergelar ISLAM..kita adalah KHALIFAH ciptaan ALLAH..
setiap dari kita adalah seorang DAIE (PENDAKWAH)..
INGAT!!!










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Comment My Blog~