~FoLLoW Me~

Thursday, 22 December 2011

istilah PANDAI tiada dalam memasak


"ee..pandainya kau masak.."
"fuhh..hebat kan kau leh masak mcm ni."
seringkali orang mengatakan seseorang yang wat masakan yg sedap itu seorang yang PANDAI masak..

mak selalu kata..
"sebenarnya dalam memasak ini tak ada istilah pandai memasak..
yang penting RAJIN.."
RAJIN masak..mesti akan pandai masak..
Practice make perfect,right..??
so..whatever it is..
nak tahu orang tu rajin masak ke tak..
tgk masakan nya lah...
seorang yang rajin masak,mesti xkan putus asa walaupun masakannya x sedap..
dan ia akan usaha sehingga menjadi sedap..
tapi kan selalu kalau kita lihat..


Wednesday, 30 November 2011

.: Kita Bukan MALAIKAT dan Kita Juga Bukan IBLIS :.

"cukup kot tegur sekali, kalo dah dier nak buat lagi tue dia punya pasal lah.."
"aku cara aku, kau cara kau.."
"kalo aku tegur seseorg tue, mesti dorg akn ckp 'mcm kau bagus sgt' sebab tu aku malas tegur2 org ni"
"malaslah tegur dia, dia kan dak tudung labuh,semua nya baik..aku ni sapa je"

hmm..pelbagai kata2 dan pelbagai ungkapan dari setiap individu yang menyedari diri mereka sebagai MANUSIA,,
alasan demi alasan di berikan tanpa sedar diri sebagai MAKHLUK CIPTAAN ALLAH yang di beri keistimewaan AKAL untuk berFIKIR secara WARAS..
pelbagai jawapan di berikan untuk jauh dari TUNTUTAN DAKWAH yang WAJIB keatas diri setiap individu yng bergelar KHALIFAH..

Thursday, 8 September 2011

AnAk SyUrGa (2)

.:SEKOLAH SPESTIK:.
banyak yang aku belajar sepanjang cuti sem ni..
ikut mak tunggu adik kat sklh..
itu lah keje tiap selasa dan khamis serta jumaat..
mak akan anta adik pergi ke sekolah..
tunggu sampai tengah hari kat sana..
itu lah pengorbanan mak selama membesar kan adik sehingga kini berusia 16tahun..

bila balik cuti sem..
aku pun x lepas kan peluang lah untuk pergi sekali..
walaupun penantian itu satu penyeksaan..
aku xrasa terseksa pun tunggu adik dr kol 8pagi sampai 12.30 tengah hari..
sebab apa..
hurm.. meh cni aku cite...


Wednesday, 7 September 2011

Sangat ISTIMEWA Sebuah Keluarga Yang Hadirnya Insan bergelar ANAK SYURGA

tak ramai yang merasai berada di sebuah keluarga yang hadirnya insan teramat istimewa kurniaan ALLAH..
ramai juga yang ada tapi tak dapat menghargai dan bersyukur dengan kehadirannya..
malah ada juga yang mengungkit dan menyalahkan takdir..
lebih dasyat lagi membiarkan anak yang di janjikan syurga itu terbiar tanpa perhatian dan di beri pula tamparan dan keganasan..
SUBHANALLAH..
fitrah manusia..
tidak pernah puas dengan kesenangan dan kekurangan mereka
sejauh mana kita mengenali insan itu dan sejauh mana kita cuba dekati mereka..
renung sejenak..


Sunday, 21 August 2011

Kenangan UKM (Part 1) Perkampungan Sepanjang Cuti Sem : Pesta Konvokesyen ke 39

banyak pengalaman yang aku dapat sepanjang berada dalam perkampungan pesta konvokesyen semasa cuti sem ku kali ini..
dapat mengenal erti persahabat..
pelbagai ragam manusia..
dan berhubung dengan pelbagai jenis masyarakat dan orang2 korparat..
pengalaman yang pasti tidak akan ku lupa kan menjadi salah satu AJK DASAR bagi pesta konvokesyen ke 39 kali ini..
di bawah sekretariat KESELAMATAN DAN PENGANGKUTAN
dah tahu dah selok belok jalan2 di UKM ni..
pak cik2 kat WISMA AMAN dan UNIT KENDERAAN dah macam member dah..huhu..
ni antara video2 yang ada sepanjang perkampungan tu..
kawan yang buatkan.. hanya nak promote!! ^_^




promo pesta: jangan menyerah










Friday, 12 August 2011

Tentang Kita (2)

Ya ALLAH
kenapa diri ini rase mkin hari mkin lemah..
kenapa diri ini rasa mkin hari mkin di belenggu maksiat..
kenapa diri ini rasa mkin jauh dgn maha pencipta..
kenapa diri ini rasa cepat sangat berubah..
kenapa diri ini rasa x sekuat dulu..
kemana arah tuju ku sebenarnyaa..
aku jatuh tanpa sedar..
bagaimana caranya untuk ku kembali kan kekuatan..
aku lemah YA ALLAH..
di mana sahabat2 ku..
bantu laa aku..
aku jatuh dan ingin bangun kembali..
kemana sahabat2 ku..
bantu laa aku..
aku jatuh tanpa nasihat2 dr mu..
sahabat2 ku,,
hadir laa di sisi ku..
pinpin laa aku...
jangan biar kn aku sendiri..
aku x daya berdiri di bumi pinjaman ALLAH ini dgn kaki ku sendiri..
sahabat2 ku...
bimbing laa aku..
aku lemah tat kala kau jauh dari ku...
sahabat2 ku..
dengar laa rintihan dr sahabat mu yg lemah ini..
aku mohon kau jangan jauh dr ku..
kau jgn tinggal kan aku..
jangan biar kn aku jatuh dgn kemewahan dunia..
jangan biar kan aku jatuh dengan persekitaran yang makin hari makin bahaya untuk ku tempuh..
sahabat ku..
sedar kan aku dr mimipi indah ini..
sedar kan aku dr tidur lena yang sementara ini..
sedar kan aku akan amanah tuhan ku..
sedar kan aku akan amanah ibu dan bapa ku..
sedar kan aku akan amanah guru2 ku..
sedar kan aku dengan amanah2 mu..
sedar kan laa aku...
sahabat2 ku..
andai mampu..
ku ingin kau dakap tubuh ku seerat2nya..
ku ingin hati ku ada dalam hati mu..
ku ingin kau selami diri ku..
sahabat2 ku..
hadir laa dalam diri ku..
temani laa aku..
jangan kau lari bila melihat ku jatuh..
bersama laa dengan ku mengejar cinta ALLAH..
bersama laa dengan ku mencari ilmu dunia dan akhirat..
berkongsi laa dengan ku segala ilmu yang kau ada..

Monday, 1 August 2011

Pejam Celik Pejam Celik Dah RAMADHAN dah..!!

Apa yang kamu faham tentang ramadhan..??

=>Ramadhan?? biasa laa..

=> puasa..tambah ibadat sikit2 je kot..

=> x yah lah nak hipokrit sangat..

=>time2 ramadhan baru nak ibadat-ibadat..bangun pagi2 qiamulail..

=>konon baik sangat lah kan sebelum ni tak pernah buat pun..

=>ishh..x mau lah ibadat banyak2 sangat..

malu laa..sebelum ni tak pernah baca al-quran banyak2 muka surat..

malu lah...sebelum ni x pernah bangun pagi2 sebelum sahur nak solat tahajut segalaaa...hmm


pelbagai alasan dan kata yang membuat kan diri semakin jauh dari mendekati ALLAH..

sedangkan syaitan telah di penjarakan dan di ikat..

hmm..benarkah syaitan tak ada di bulan ramadhan..??

adakah sekadar teori atau kebenaran..??

kalo tiada syaitan, kenapa boleh timbul alasan2 seperti itu ye..??

NAFSU..??hmm..


pelbagai pendapat dan hujah bagi persoalan yang di berikan..

dari Imam BUkhari dan MUslim,

"Apabila tiba Ramadhan;telah di buka pintu2 syurga, telah ditutup pintu2 neraka dan di belenggu syaitan2"


Dalam menafsirkan hadith ini,para ulama ada 2 pandangan,

pertama : hadith in secara zahir iaitu,"bahawa syaitan2 benar2 di belenggu(di ikat) oleh Allah.


kedua : melihat hadith ini secara maknawi iaitu yang mahu di sampaikan ialah syaitan2 pada bulan Ramadhan semacam lemah kerana Ketaqwaan , tahanan nafsu dan menahan nya anak adam dari makan dan minum semasa bulan ramadhan.

Al-Imam Yusuf al-Qardhawi dalam bukunya Kaifa nata'malu ma'a sunnah,berkata,"kedua2 penafsiran hadith ini adalah benar".


bagi diri ku..

aku lebih yakin bahawa syaitan di ikat dan segala perwatakan dan sikap kita pada bulan ramadhan ini adalah sebenar-benarnya diri kita..

kita di didik oleh syaitan selama berbulan2 untuk menjadi diri kita seperti sekarang..

dan pada bulan ramadhan ini adalah sebenar-benarnya nafsu yang ada pada diri kita..

sama ada kita dapat mengawalnya atau sekadar membiarkan nafsu yang di didik oleh syaitan selama ini menguasai diri kita..


sebagai contoh aku cuba untuk motivate diri aku untuk lebih cenderung mendengar tazkirah atau ceramah pada bulan ramadhan..

kerana bagi diri ku..

jika aku sentiasa memberi alasan dan berat untuk pergi ke majlis ilmu pada bulan ramadhan ini..

itu bukan lagi hasutan syaitan..tetapi keinginan nafsu untuk menidakkan kehadiran ku dalam majlis ilmu itu..


seperti juga untuk aku memegang AL-QURAN dan beribadat pada bulan ramadhan..

jika aku sentiasa memanjakan nafsu aku dengan memberi pelbagai alasan untuk aku tidak menyentuh al-quran dan bersolat sunat walaupun sehari..

itu semuanya bukan lagi HASUTAN SYAITAN..

tetapi NAFSU DIDIKAN SYAITAN..


iman boleh didik..

sebagaimana syaitan mendidik nafsu kita selama 11bulan..

kenapa tidak sebulan yang di anugerahkan oleh Allah ini..

kita perbaiki diri..

dan didik IMAN itu untuk terus ISTIGHAMAH dalam setiap ibadah kita..



kesimpulannya

Sesungguhnya ahli syurga itu telah menempa kejayaan di dunia, apakah kejayaan itu?

itulah berjihat dengan hawa nafsu.

benarkah kita sudah melawan nafsu?

Benarkah kita sudah berpuasa sekarang?

Menahan diri lapar dan dahaga?

Menahan nafsu membuat sesuatu perkara?


Maha sempurna aturan ALLAH,

Sesungguhnya Nafsu itu akan tewas bila lapar.

Sama-samalah memburu keredhaanNya.

Jika Benar Kalian mencari KeredhaanNya,

Kalian ikhlas berpuasa keranaNya,

Maka lakukan Sebaik-baiknya,

insyallah SYAITAN SENDIRI PUN TEWAS DENGAN NAFSU

Saturday, 23 July 2011

Saya budak sekolah BIASA jee hmm bukan sekolah AGAMA..


MASA SEKOLAH..
  • hmm..ok solat 5 waktu cukup kot..
  • Ngaji satu muka surat cukup lah..

MASA MATRIKULASI..

  • eh,apa tue mathurat..??
  • hah! Usrah..?? x penah join pun..??
  • Budak pakai tudung labuh suka berpuak2 kan..??camna aku nak join dorang eh..??

Monday, 20 June 2011

Budak Pakai Tudung Labuh suka Puak2 kan..??





Semasa Bertudung biasa..

>KENAPA dorang tu suka berpuak2 eh..?
>SIAPA dorang ni sebenarnya..?
>APA yang dorang nak sampaikan..?
>DI MANA dakwah dorang kalo asyik duk dalam kalangan dorang je..??
>BILA nya dorang ni nak masuk dalam kalangan kita2 yg bertudung biasa dan x bertudung..?

Tuesday, 17 May 2011

AnAk SyUrGa (1)

anak syurga
bila di sebut 'anak syurga' terlintas di hati ADIK...
ye adik..
entah kenapa hati ini terdetik untuk menceritakan tentang adik..
akk tahu adik x dpt baca segala bait2 kata akk di sini..
tp akak yakin satu hari adik mampu membaca nya..


~Kegelapan dan Pelita Kehidupan~


Kegelapan ada 5,
Pelita dalam kegelapan juga ada 5,
CINTA DUNIA adalah kegelapan, pelitanya adalah TAKWA.
DOSA adalah kegelapan, pelitanya adalah TAUBAT.
KUBUR adalah kegelapan, pelitanya adalah LA ILAHA ILLAH, MUHAMMADURRASULULLAH.
AKHIRAT adalah kegelapan, pelitanya adalah AMALSOLEH,
dan SIRATUL MUSTAQIM adalah kegelapan, pelitanya adalah IMAN...
~MUHASABAH DIRI~





Wednesday, 11 May 2011

Tentang Kita (1)

indah sungguh pertemuan bersama sahabat2 yang mengenal erti persahabatan kerana ALLAH..

kerana di sebalik persahabatan yang berbumbungkan keredhaan ALLAH itu sangat sukar di cari dan di ganti...
dengan ukhwah yang terjalin dgn ikatan
akidah yang sama..
persahabatan itu tidak pernah kenal erti jemu dan iri hati..
persahabatan yang erat ibarat seperti keluarga yang baru..
seperti saudara yang baru yang mempunyai
fikrah yang sama..
jika di ungkap kan soal sahabat pasti ianya sukar untuk di tafsir..
dengan sahabat juga...
kita kenal erti kehidupan..
berlatar belakang kan kehidupan yang berbeza sebelum nya..
dan kini membina sebuah keluarga yang utuh ..




hati ini sungguh tidak menyangka di beri kesempatan bertemu sahabat2 yang hebat..
hati ini sungguh terharu bila hadir sahabat2 yang sentiasa berada disisi..
hati ini sangat berbangga bersama sahabat2 yang tinggi ilmu agamanya..
hati ini terasa tidak layak hadir berdiri bersama sahabat2..
hati ini hampir lemah dan jatuh dgn bisikan suara2 yang hanya memandang dunia..





ku harap pertemuan ini adalah permulaan bagi kehidupan yang masih mencari CINTA ALLAH..

dan ku harap persahabatan ini tidak akan berakhir..

syukur YA ALLAH..


Friday, 21 January 2011

Sanah Helwah ya Ukhti Nadia..^_^


sambutan hari kelahiran ku yang ke-20 tahun kali ini sangat tidak ku duga..
.:19 januari 2011:.
tidak ku sangka sepanjang hidup ku selama 20tahun ini di hargai oleh sahabat2..
sahabat yang baru ku kenal tidak sampai setahun di sini..
bagaimana harus ku ungkap..
hanya kiriman doa mampu ku utus kan buat sahabat2 yang sentiasa berada di sisi..
jatuh bangun ku ada mereka sentiasa di sisi..

.:KEJUTAN dari sahabat2 surau KIY:.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Comment My Blog~