~FoLLoW Me~

Thursday, 13 November 2014

Daurah Khususiah


fuhhh...fuhhh...fuhhh...fuhhhhhhhhhh.....fuhhhhhh...
Terima Kasih kerana bersihkan blog aku yang berhabuk ni.. hihi..
Sudah Bulan November..
Lagi beberapa bulan pengajian ku sebagai pelajar sarjana akan berakhir..
Insyallah dengan izin ALLAH..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Banyak perkara...Banyak pahit manis yang dilalui hidup sebagai seorang hamba yang tidak pernah lelah mencari celahan kehidupan untuk perhambaan kepadaNya, berkhidmat untuk hambaNya dan berjuang demi AgamaNya..

Setiap dari kita, Allah beri peluang untuk mengumpul saham akhirat mengikut kemampuan dan corak kehidupan masing-masing. Ramai dalam kalangan kita menjadikan kehidupan mereka sebagai alasan dan kekangan untuk mencari ruang mendekati Allah..

Sedang kita sibuk mencari helah untuk berbuat dosa..
Allah sibuk memberi rezeki yang melimpah ruah..
sedang kita mencari peluang membina kekangan untuk beribadah..
Allah mencari peluang untuk menambah pahala..
Sedang kita mencari ruang mencipta alasan untuk melakukan kebaikan..
Allah mencari ruang untuk kita bertaubat..

BERSANGKA BAIK dengan ALLAH...

Teringat kepada aku kisah 2 tahun yang dahulu apabila aku yang sungguh-sungguh berkeinginan untuk pergi ke pengajian Pondok selama 2 minggu.. ketika dahulunya Allah tidak mengizinkan aku ke sana.. Sungguh perancangan Allah sebaik-baik perancangan..

Daurah Khususiah


Kini 2014 Allah temukan aku pada program ini.. Pertamanya aku memikirkan ianya hanya angan-angan kosong.. kerana kekangan yang pelbagai untuk menghadirinya.. Sedang diri terlebih dahulu berdaftar untuk ke sini. Hampir kepada tarikh tersebut,Allah jentikkan dengan pelbagai ujian. Tidak di duga..Allah izinkan aku untuk hadiri majlis ilmu yang sangat aku tunggu2.. walaupun hanya daurah 3 hari.. cukup memberi aku pengalaman yang sudah pasti sukar untuk digambarkan nikmatnya. Hikmahnya sungguh tidak ternilai untuk di ungkap..

Pada hari pertama, 
Permulaan yang baik apabila mengambil sahabat2 di KTM UKM.. hanya kak azlen yang di kenali.. yang lain sahabat baru.. Ternyata pertemuan yang singkat mengikat kami dengan erat.. Sesi taaruf bermula di dalam kereta.. Sampai kami ke Masjid Besi.. Dengan hati yang sentiasa perbaharui niat.. Kami melangkah masuk ke masjid Tuanku Mizan dengan Niat Ikhtikaf selama 3 hari 2 malam di sini.. Pendaftaran bermula dengan debaran jantung yang semakin kencang.. 

Dalam Beg dapat semua buku-buku ni
Sambil menatap buku-buku ini, Dalam hati terdetik...
* Mampukah aku memahami setiap isi2 kata2 yang dilontarkan dalam daurah ini?
* Allah izinkan kah aku mendengar setiap bait2 kata2 Shiekh tanpa sedikit rasa mengantok atau gangguan2 lain yang seumpanya..??
* Layakkah aku berada dalam majlis seperti ini dengan dosa2 ku yang menggunung tinggi..??
* Teringinnya Aku mencintai Rasulullah sebagai mereka menyebut2 di hadapanku.. :')

Bermulanya dengan tazkirah umum Shiekh Nuruddin selepas solat maghrib.. di awal pertemuan,kami telah di nasihatkan oleh imam besar masjid dalam adab menuntut ilmu. Berikut adalah Adab Menuntut Ilmu yang di gariskan oleh Tuan Guru Sheikh Muhammad Nuruddin.. 


selepas solat isyak, Daurah bermula dengan pengajian Hadis yang di susun oleh Tuan Guru sendiri. untuk saya berkongsikan pengisian yang diberikan selama 3 hari ini pastinya mustahil.. kerana terlalu banyak untuk di ceritakan dan terlalu banyak penceritaan tuan guru yang pastinya sukar untuk di ceritakan kembali dengan tulisan seorang hamba allah yang masih merangkak mengejar ilmu ini..
cuma dapat saya simpulkan selama 3 hari pengajian hadis iaitu hampir 100 hadis yang di kongsikan..

=> Subhanallah Cintanya Rasulullah terhadap umatnya..
=> Subhanallah Seringan-ringan kebaikan, di ganjarankan syurga oleh ALLAH..
=> Mashallah Hebat sungguh Akhlak Rasulullah..
=> Mashallah indahnya Akhlak Islam dalam meraikan setiap golongan..
=> Allahukhbar, Maha suci ALLAH pencipta syurga dan Neraka.. 
Pemberi keampunan kepada hambanya walaupun hambanya melakukan kesalahan seluas lautan..
dan pemberi pahala kepada hambanya walaupun hambanya melakukan kebaikan sekecil zarah..etapa

SUBHANALLAH
Betapa tenangnya majlis tersebut tanpa suara selain daripada suara shiekh Nuruddin..
Betapa tenangnya majlis tanpa bunyi telefon bimbit..
Betapa hormatnya majlis dengan duduk di bawah bersama papan rehal..
Betapa singkatnya masa berlalu bagi sesi setiap slot daurah selama 1jam setengah itu...
Betapa Sebaknya diri dengan mendengar setiap kata-kata yang di berikan oleh shiekh Nuruddin..


muka hadapan buku hipunan hadis dari tuan guru Shiekh Nuruddin yang sungguh buat diri terkesan..
Suasana di Daurah
Dianggarkan seramai 200 orang menghadiri Daurah Khususiah ini

 Dahulunya aku sangat bermain dengan persepsi terhadap alunan Qasidah yang di lagukan dan di persembahkan dalam program-program "CINTA RASUL" kerana melihat mereka-mereka yang terkadang melampaui batas dalam menyebut setiap bait-bait qasidah.. Lebih merisaukan apabila ada yang sehingga melambai2kan kain rida' mereka sambil berqasidah.. Ada pula sehingga menari-nari, lebih memalukan apabila mereka menyebut tetapi tidak faham akan erti bait2 dan kata2 dalam qasidah tersebut.. Subhanallah sekali lagi Allah memberi Ruang dan Peluang untuk aku mengenal Rasulullah..dan segala persoalan dan persepsi ku terjawab dalam majlis ILmu ini.. Qasidah di alunkan pada permulaan bagi bermulanya pengajian. Selain itu, qasidah juga di alunkan ketika mana Tuan Guru ingin berehat sebentar sebelum memulakan kembali pengajian.. Berbekalkan buku alunan2 qasidah dan Manzil, ku cuba mengalunkan bait2 setiap qasidah yang di sampaikan oleh anak muridnya shiekh Nuruddin..

Air mata tidak berhenti menitis ke pipi..
Allahuakhabar
Hanya ALLAH sahaja tahu perasaan seorang yang sangat inginkan suasana seperti ini..
Hanya ALLAH sahaja tahu pencarian yang ku cari selama ini..
Hanya ALLAh sahaja tahu perasaan Cinta kepada Rasulullahyang di cari selama ini..
Hanya ALLaH sahaja tahu kekangan yang di hadapi untuk menghadiri majlis seumpama ini..
Hanya ALLAH sahaja tahu nikmat dan hikmah atas apa yang berlaku Hari ini...


Sebagai Ingatan, CD ini di beli dan dialunkan setiap hari sehingga hari ini tanpa Jemu
Sebelum pulang, kami di ijazahkan (diberikan sijil) oleh isteri Tuan Guru Shiekh Nuruddin (muslimin di ijazahkan oleh Tuan Guru sendiri). Alhamdulillah, Daurah Khususiah berakhir dengan sempurna. Dalam 3 hari, jumpa dengan ramai sahabat-sahabat baru dan alhamdulillah sehingga kini, masih berhubung dan insyallah sangat banyak majlis-majlis ilmu yang mereka kongsikan. Semoga Allah berikan lebih banyak ruang dan peluang untuk menghadiri majlis-majlis seumpama ini.



Pada malam terakhir berada di sini.. mengambil kesempatan untuk melihat keindahan alam ciptaan allah serta kekuasaan ALLAH yang memberikan manusia membina Masjid Tuanku Mizan yang tersergam Indah dan unik ini..



Akhir Kalam....

Sedang diri sibuk mengejar Tarbiyah Diri..
Tidak juga meninggalkan Dakwah buat mereka yang mahukan islam itu berdiri..
Di samping memperjuangkan agama melalui lorong siasah yang di beri..
Bukan mudah untuk istiqamah di jalan ini..
Sedang ujian itu tidak pernah sepi..
rintangan itu sentiasa ada di hadapan belakang dan juga sisi..
Andai jatuh bangkit lah kembali..
Kerana ALLAH ada kita bukan bersendiri..
Semoga ALLAH merahmati..
Segala Perjalanan hidup ini
Memberi ruang untuk berbakti pada agama sendiri..
Hanya Mohon Allah perkenankan setiap apa yang terbuku di hati..

Perkongsian dari seorang pendosa..
#RehatOrangMukminHanyaDiAlamBazakh






Wednesday, 6 August 2014

IBU AYAH :')

Telah lama jari jemari tidak menari-nari di ruangan ini..
Terasa bongkak nya diri.. Riaknya hati.. Takabbur nya aku ini..
membuatkan jari berat untuk berkongsi..
Dalam mengatur Hati, dan mencari ruang untuk diri..
Blog ini tempat aku mengisi Tarbiyah diri..
dan membuka pintu dakwah seandainya ada yang membaca dan mengamati..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sesungguhnya perancangan ALLAH itu sebaik-baik perancangan..
Teringat pada kisah ku dahulu yang tercatat di dalam blog ini yang bertajuk Pondok vs Rumah..
Kini Allah memberi ruang sekali lagi untuk aku mengisi celahan kehidupan dengan mengumpul saham-saham akhirat. .
Dahulunya aku menjaga tok dan tokwan seorang diri selama sebulan sepanjang Ramadan..
dan ternyata tarbiyahnya sangat berbeza berbanding apa yang berlaku kini..



Wednesday, 30 April 2014

Kematian Yang Pasti

20/3/2014
Khamis itu..
Dia mengajar dengan penuh semangat..
Khamis itu..
Dia mengajar dengan penuh sungguh2.....
Khamis itu..
DIa berjenaka dengan senyuman yang tidak pernah lesu..

Dari Shah Alam Ke Bangi..
mana pernah dia letih..
mana pernah dia lelah..

beri sahaja papan putih sebanyak mana..
semua di hiasi dengan lakaran Quantum Mechanicsnya..
semua di hiasi dengan lakaran programming..

beri sahaja ruang..
kata2nya tidak pernah sia2..
Beri sahaja peluang..
tidak pernah dia berhenti untuk berkata2..

21/3/2014
Jumaat itu...
Kami menunggu kehadirannya..
Tidak kunjung juga..
Di beritahu
dia telah masuk ke ICU,
Strok kata mereka..

25/3/2014
Selasa itu..
Dia masih di sana..
Kami menanti dengan harapan ada kelas lagi dengannya..
Ternyata Hampa..

Kami ke sana melawatinya..
Pesan ku pada sahabat2..
"Katakan sesuatu..Anggaplah Dia mendengar kata2 anak2 didiknya"
Kami mula bicara di telinganya..

"Prof Kuat ye.. Kami Rindu untuk dengar prof mengajar..
Prof,kami sentiasa doakan prof dalam solat kami..
Insyallah Kami yakin prof akan sembuh..Lepas prof sehat nanti, prof ajar kami macam biasa ye..kami dah biasa dengan cara prof ajar............ "

Ku melihat air matanya mengalir ke pipi..
Air mataku turut mengiringi..
Andai benar dia mendengar luahan hati anak2 didiknya ini..
Terima Kasih ALLAH berikan dia ruang dan peluang untuk berehat..
Terima Kasih ALLAH beri kami ruang dan peluang untuk berterima kasih kepadanya..
Walaupun jasadnya berbaring kaku.......

2/4/2014
Kelmarin..
ku lihat jasadnya lagi..
baringnya bukan lagi dikatil itu...
dia di angkat bersama kain berwarna putih..
ku berlari anak dengan harapan sempat untuk melihat wajahnya..

Tetapi sayang..
dia kini berbaring di situ..
jauh dari pandangan mata ku..
ramai yang datang melihat peristiwa itu..

Kini..
Wajahnya tidak kelihatan di fakulti lagi..
biliknya lekang dengan kehadiran anak muridnya yang selalu hadir untuk bertanya soalan kepadanya..
tiada apa yang tertinggal selain dari
ilmunya yang terpahat dalam setiap diri anak-anak didiknya,..

Semoga dia berehat dengan Tenang di sana..

=Prof Madya Dr. Ahmad Puaad Othman=

tiada lagi kelas bersama prof..

Isnin 11-12pg - Applied Quantum Mechanics
Selasa 2-3ptg - Advanced Computational Physics
Rabu 2-3ptg- Applied Quantum Mechanics
Khamis 2-3ptg- Advanced Computational Physics
Jumaat 10-11pg- Advanced Computational Physics
 

Wednesday, 12 March 2014

UKM, Aku Kembali...


Alhamdulillah, Subhanallah, Allahukhbar.. 
Tiada lafaz yang lebih indah selain memuji Tuhan Pencipta Alam dan Makhluk ciptaannya..


1 September 2013- 31 Januari 2014, 

Selama 5 bulan saya diberi taklifan sebagai Pengurus Cawangan Akademi Infitah, Johor Bahru
Selama 5 bulan Akademi Infitah JB bertapak di Johor Bahru..Walaupun tidak mampu menyumbang banyak untuk syarikat, sungguh ia merupakan satu pengalaman yang Amat Berharga..
Dalam usia 22tahun, di beri amanah untuk mengurus dan mengendalikan kerja-kerja pengurusan,pemasaran,perakaunan dengan sendirian adalah pengalaman yang sukar untuk dilupakan. Sungguh amat mendewasakan diri ini..
Sejujurnya pengalaman ini sungguh mahal buat diri yang sedang mengejar erti kedewasaan...


Sabda Rasulullah SAW
"Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk mendalami ilmu,
maka ALLAH akan permudahkan baginya satu jalan ke Syurga"
-riwayat Muslim-

Monday, 3 February 2014

Kehidupan Itu adalah Pilihan

Hari-Hari yang kita lalui adalah pilihan..
sama ada ianya baik untuk kita atau sebaliknya kita yang tentukan..
Apabila bertembung dua/lebih pilihan kebaikan,
Pasti ianya sukar untuk membuat keputusan..

ALLAH beri kita istiqarah untuk menentukan jalan kehidupan,
tetapi terlalu ramai yang meninggalkannya dengan pelbagai alasan,
kita terus melalui jalan2 yang banyak pilihan
tanpa Meletakkan ALLAH yang paling atas dalam menentukan masa depan....

Kesedihan itu bukan jalan penyelesaian..
Kemurungan itu bukan dapat menemui Jawapan...
Taklifan itu adalah pilihan,
Tetapi Amanah itu satu Kewajipan..

Andai diri di beri pilihan,
Taklifan itu aku teruskan,
Bukan untuk menolak tanpa alasan,
kerana melihat amanah ini yang perlu diutamakan..

Mereka terlalu banyak berkorban,
Terasa malu untuk menolak setiap permintaan,
Semoga Pilihan ini seiring dengan tuntutan..
Tiada apa lagi yang ku minta selain RAHMAT TUHAN

~Semoga ALLAH Redha Tiap Langkah ku ini~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Comment My Blog~